Semakin hari, jumlah pesakit kanser semakin meningkat. Antara kanser yang sering menyerang terutamanya wanita adalah kanser payudara.
Antara golongan yang berisiko adalah wanita yang meningkat usianya, sejarah keluarga (kanser juga merupakan sakit keturunan akibat genetik keluarga yang sama), wanita yang mempunyai ketumbuhan pada payudara, wanita yang mempunyai masalah kitaran haid, wanita yang tiada anak atau melahirkan anak pertama pada usia yang lanjut, individu yang mengambil estrogen tambahan, menghidap kanser ovari atau rahim dan meminum arak.
Bagi yang tergolong dalam golongan yang berisiko di atas, anda tidak perlu risau kerana kita masih boleh berusaha untuk mengelakkan risiko terkena penyakit kanser tersebut.
Kanser juga boleh berpunca daripada pemakanan. Jadi, bagi golongan yang tidak berisiko pun anda perlu berhati-hati ye. Puncanya makanan dan kita boleh juga mencegah atau mengelakkan risiko penyakit kanser payudara ini dengan pemakanan juga. Cara pemakanan kita haruslah dititik beratkan. Pastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang menyihatkan agar kesihatan lebih terjamin dan berpanjangan.
Ok, hari ni Sal nak share antara jenis makanan untuk cegah kanser payudara yang mungkin boleh membantu anda.
1. Sayur-sayuran berjenis cruciferous
Brokoli, kobis bunga, kobis cina, dan kobis merupakan sayuran cruciferous yang kaya dengan bahan-bahan anti-kanser. Sayuran jenis cruciferous mengandungi fitonutrien yang boleh menghentikan penularan sel kanser serta menahan sepenuhnya dari ia terjadi. Makan sayuran jenis cruciferous dalam rutin harian anda bersama minyak zaitun kerana ia juga dapat membantu penyerapan dalam badan dengan lebih pantas.
2. Limau gedang
Ia lebih dikenali sebagai grapefruit yang diperkaya dengan bahan antioksidan membantu dalam mengelakkan adanya sel kanser dalam badan. Ianya juga kaya dengan vitamin C mengurangkan risiko kanser perut, kolon, esofagus, kelenjar, payudara dan servik.
3. Kacang tanah dan jem mentega kacang
Memakan kacang tanah atau jem mentega kacang boleh membantu dalam menguatkan sel pertahanan tubuh badan dari terkena penyakit kanser payudara kerana ianya kaya dengan vitamin E yang baik untuk tubuh badan.
4. Beri
Semua jenis buah beri merupakan sumber makanan yang paling bagus dalam menghindar penyakit kanser payudara. Raspberi, beri biru, strawberi dan cranberry merupakan agen yang bertindak lebih efektif dalam mengelak kanser.
5. Salmon
Kekurangan vitamin D dalam badan boleh mengundang kepada penyakit kanser kolon dan payudara. Vitamin D membantu dalam mengelakkan penularan sel kanser. Pengambilan salmon dalam makanan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser kerana salmon kaya dengan vitamin D.
Sumber Info: Majalah EH!
0 comments:
Post a Comment