Saturday 28 June 2014

Dehidrasi - Cegahnya di Bulan Ramadhan :)

Posted by Unknown at 10:07
Aktiviti seharian kita yang memaksa kita banyak bergerak dan berada di luar bangunan (aktiviti luar) boleh menyebabkan tubuh kita mengalami dehidrasi dengan cepat....itu kalau hari-hari biasa. Bayangkan kalau di bulan Ramadhan...kita memang tak minum air di siang hari...antara waktu berbuka sehingga bersahur, agak-agak cukup ke air yang kita ambil bagi menampung kembali keperluan air pada tubuh kita?

Tubuh kita terdiri daripada 75% air manakala selebihnya adalah bahan pepejal. Otak kita juga terdiri daripada 75% air jadi apabila kita mengalami penyahidratan sederhana, kepala kita akan berasa sakit dan pening.



Apabila kita berada di persekitaran yang panas, keperluan tubuh kita terhadap cecair juga akan meningkat sebabnya tubuh kita akan mengeluarkan peluh yang banyak...maknanya tubuh kita juga akan kehilangan air dengan lebih banyak. Jadi, amat penting untuk kita tahu kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa.

Badan kita akan mudah menjadi lesu dan letih apabila badan tidak mampu mengawal atur proses penghidratan dengan sempurna. Maksudnya air yang masuk tidak seimbang dengan air yang keluar melalui pembuangan (peluh, najis, air kencing). Selain tu, kita juga perlu memastikan sendi, organ dan tisu tubuh kita juga mendapat perlindungan bagi membolehkan kita kekal cergas dan sihat sepanjang bulan puasa. Jadi, amat penting untuk kita memastikan tubuh kita tidak mengalami penyahidratan melampau.



Antara tanda-tanda tubuh kita mengalami penyahidratan boleh ditunjukkan dalam  beberapa bentuk. Daripada rasa dahaga, letih hinggalah kepada kegagalan fungsi buah pinggang. Dalam kes yang kronik, prnyahidratan boleh menyebabkan koma dan akhirnya mengundang maut.


1. Penyahidratan Ringan - Rasa Dahaga
  • Sakit kepala akibat daripada tekanan mental atau fizikal yang boleh berpunca daripada tidak mendapat bekalan air yang mencukupi.
  • Tubuh kita akan menjadi lebih cepat letih dan lesu kerana jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi membekalkan kulit dengan oksigen dan nutrien setelah berlaku ketidakseimbangan cecair dalam tubuh.
  • Mulut dan tekak akan terasa kering.
2. Penyahidratan Sederhana - Rasa Keliru
  • Kekurangan cecair dalam sistem otak boleh mempengaruhi cara individu membuat keputusan. Otak yang mengalami penyahidratan adalah lemah sehingga mendorong kepada ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius.
  • Selain itu, degupan jantung akan menjadi lebih kencang, pening kepala dan tekanan darah rendah juga boleh terjadi berpunca daripada penurunan darah.
  • Rasa lemah dan tidak bertenaga disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan cecair di mana jumlah darah boleh menurun sekaligus menjejaskan rutin harian.
  • Air kencing menjadi sangat pekat dan jumlah pengeluarannya juga merosot.
3. Penyahidratan Teruk
  • Pengecutan otot-otot berlaku disebabkan oleh timbunan jumlah toksin dan bakteria yang terperangkap dalam kelenjar limfa. Akibatnya, buah pinggang tidak berupaya mengusir keluar toksin berkenaan.
  • Lidah bengkak
  • Peredaran darah yang lemah disebabkan oleh kuantiti darah yang semakin berkurangan.
  • Rasa lemah dan tidak bermaya tambah ketara.
  • Buah pinggang tidak dapat berfungsi kerana tidak mendapat cecair yang mencukupi untuk menyingkirkan toksin.

Sebab itu cecair memainkan peranan yang penting dalam memastikan tubuh badan kita tak mengalami penyahidratan yang teruk terutamanya di bulan puasa nanti. Bagi yang tak mampu nak minum banyak-banyak air sekaligus antara waktu berbuka sehingga bersahur, Sal cadangkan untuk anda cuba Performance Drink dari Shaklee. Rasa oren yang semulajadi yang kurang gula, tanpa bahan pengawet dan bergas mampu memberikan anada tenaga dan mengekalkan hidrat tubuh sepanjang berpuasa.

Bagi ibu hamil, menyusu, orang tua dan kanak-kanak, amat digalakkan untuk mencuba minuman isotonik ni sepanjang bulan puasa ni.


Apa kelebihan Performance Drink ni?
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
Apa lagi, dapatkan satu untuk keluarga anda sepanjang puasa ni untuk kekal cergas dan jadikan puasa kali ni lebih bermakna untuk anda sekeluarga :)

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi