Hari ni kebanyakannya sedang bercuti sempena Hari Wesak....betul tak? Ok, seperti yang dijanjikan....chewah...hehe...Sal nak cerita sikit pengalaman Sal sewaktu ikut suami bekerja di Barcelona, Spain. Cerita tak cerita jugak sebab tak berapa pandai sangat nak mengarang panjang2...hehe...Sal tempek gambar je la ye...
Nak kata bercuti, tak la bercuti sangat pun...ikut orang g kerja..makanya, Sal ni hanya stay kat apartment je la...hehe...kami jalan2 satu hari je waktu cuti 'Labour Day' hari tu...lagipun tak sampai seminggu pun kat sana. Bertolak 27 April 3.30 pagi, balik sini 2 Mei 3.30 petang...
Kami naik flight Qatar Airways....katanya 5 stars...erm...boleh la...hehe. Perjalanan makan masa 7 jam dan transit di Doha, Qatar 2 jam dan sambung balik perjalanan ke Barcelona selama 6 jam lagi....fuh! Memang mencabar lebih2 lagi sekarang ni tengah pregnant dengan si kecik Humaira lagi....hihi....
So, kami pun decide la naik train je nak ke apartment yang dah di 'book' di bandar kecil Vilanova I la Geltru (lebih kurang macam tu la bunyi dia)...mula2 naik bas ke stesen keretapi dia...ngangkut la 3 beg besar dan 3 beg kecik kami...hihihi...tiket seorang dalam 10 Euro....convert la sendiri ye berapa...
Sampai2 apartment semua dah kepenatan...sampai lebih kurang 7-8 malam kot...so waktu sini dalam 1-2 pagi...hehehe...Humaira dah start tidur dari dalam train lagi :)
Breakfast hari pertama kat sana...hahaha...Brahim je
Petang balik kerja, kami keluar jalan2 sekitar apartment tu....tepi pantai je...memang best....Sal pun ada bawak Humaira jalan2 kat bawah hari kedua kat sana...bosan jugak duk dalam apartment je...
Budak jetlag |
Apartment tempat kami menginap
Humaira suka makan nasi+serunding..
kat Malaysia tak pernah makan serunding
Khamis tu baru kami berpeluang jalan2 ke bandar Barcelona...naik train jugak sebab lagi mudah kot tak perlu fikir nak parking kereta kat mana....
Alhamdulillah...pengalaman yang sangat best...jalan2 melihat negara orang...insyaAllah lepas ni kami plan nak g bercuti pulak ke negara2 Eropah...bukannya pergi kerana bekerja..barulah boleh jalan lagi lama..tapi Barcelona dah tak pergi la kot...hihi
Seronok benar dia tengok movie dalam flight
Kami bertolak dari Barcelona Airport jam 3.30 petang menaiki Qatar Airways jugak...tempoh perjalanan yang sama sampai naik kematu punggungku....hihihi...jam 2 petang waktu Malaysia kami selamat sampai...alhamdulillah :)
2 comments:
Assalam kak. Nk tnye ms akk naik flight qatar airways ni, akk tgh preggy ke.
Waalaikumussalam nurul. A ah tengah preggy 4 bulan lebih masa tu. Hehehe
Post a Comment