Tuesday 13 May 2014

Jalan Jalan Barcelona, Spain

Posted by Unknown at 20:28
Assalamualaikum dan hai semua....

Hari ni kebanyakannya sedang bercuti sempena Hari Wesak....betul tak? Ok, seperti yang dijanjikan....chewah...hehe...Sal nak cerita sikit pengalaman Sal sewaktu ikut suami bekerja di Barcelona, Spain. Cerita tak cerita jugak sebab tak berapa pandai sangat nak mengarang panjang2...hehe...Sal tempek gambar je la ye...

Nak kata bercuti, tak la bercuti sangat pun...ikut orang g kerja..makanya, Sal ni hanya stay kat apartment je la...hehe...kami jalan2 satu hari je waktu cuti 'Labour Day' hari tu...lagipun tak sampai seminggu pun kat sana. Bertolak 27 April 3.30 pagi, balik sini 2 Mei 3.30 petang...

Kami naik flight Qatar Airways....katanya 5 stars...erm...boleh la...hehe. Perjalanan makan masa 7 jam dan transit di Doha, Qatar 2 jam dan sambung balik perjalanan ke Barcelona selama 6 jam lagi....fuh! Memang mencabar lebih2 lagi sekarang ni tengah pregnant dengan si kecik Humaira lagi....hihi....


Sampai kat Barcelona Airport lebih kurang jam 3 petang waktu sana....waktu Malaysia dalam 9 malam...lepas tu, kami ada masalah sikit untuk sewa kereta...hehehe..kalau cerita masalah ni mesti orang akan cakap.... 'lorrr...' hahaha...masalahnya kami bertiga (termasuk seorang kawan kerja suami) tak ada credit card....kebanyakan car rental kat sana nak credit card...ada satu boleh guna debit card tapi suami Sal tak tukar pulak limit pembelian debit card dia....dah ok boleh guna internationale tapi tak cukup pulak untuk transaksi...yang bank tetapkan standard RM500 kan...so banyak tu je la yang boleh guna....hahaha...



So, kami pun decide la naik train je nak ke apartment yang dah di 'book' di bandar kecil Vilanova I la Geltru (lebih kurang macam tu la bunyi dia)...mula2 naik bas ke stesen keretapi dia...ngangkut la 3 beg besar dan 3 beg kecik kami...hihihi...tiket seorang dalam 10 Euro....convert la sendiri ye berapa...


Sampai2 apartment semua dah kepenatan...sampai lebih kurang 7-8 malam kot...so waktu sini dalam 1-2 pagi...hehehe...Humaira dah start tidur dari dalam train lagi :)

Breakfast hari pertama kat sana...hahaha...Brahim je

Esoknya, husband g kerja dengan dijemput oleh 'PIC' di Barcelona....siap berjemput tu...alhamdulillah, diorang boleh tolong arrangekan untuk sewa kereta.

Petang balik kerja, kami keluar jalan2 sekitar apartment tu....tepi pantai je...memang best....Sal pun ada bawak Humaira jalan2 kat bawah hari kedua kat sana...bosan jugak duk dalam apartment je...

Budak jetlag


Apartment tempat kami menginap






Humaira suka makan nasi+serunding..
kat Malaysia tak pernah makan serunding

Khamis tu baru kami berpeluang jalan2 ke bandar Barcelona...naik train jugak sebab lagi mudah kot tak perlu fikir nak parking kereta kat mana....










Alhamdulillah...pengalaman yang sangat best...jalan2 melihat negara orang...insyaAllah lepas ni kami plan nak g bercuti pulak ke negara2 Eropah...bukannya pergi kerana bekerja..barulah boleh jalan lagi lama..tapi Barcelona dah tak pergi la kot...hihi

Seronok benar dia tengok movie dalam flight

Kami bertolak dari Barcelona Airport jam 3.30 petang menaiki Qatar Airways jugak...tempoh perjalanan yang sama sampai naik kematu punggungku....hihihi...jam 2 petang waktu Malaysia kami selamat sampai...alhamdulillah :)

2 comments:

Nurul said...

Assalam kak. Nk tnye ms akk naik flight qatar airways ni, akk tgh preggy ke.

Sal said...

Waalaikumussalam nurul. A ah tengah preggy 4 bulan lebih masa tu. Hehehe

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi