⭐ SHEA BUTTER ⭐
Shea butter adalah sejenis lemak putih atau berwarna gading yang diekstrak dari kacang pohon African shea (Vitellaria paradoxa).
Shea butter adalah trigliserida (lemak) yang banyak digunakan dalam kosmetik sebagai pelembab, krim dan lotion.
Antara kelebihan Shea Butter ialah:
1. MELEMBAPKAN KULIT
Kandungan minyak atau lilin yang sama yang dihasilkan oleh kelenjar minyak yang melicinkan kulit Shea Butter dapat membantu melembutkan dan menghaluskan kulit.
2. MEMBANTU MERAWAT KULIT BERMASALAH
Selain membantu melembapkan kulit kering, Shea Butter juga mampu membantu merawat kulit bermasalah seperti:
👉 Eczema
👉 Ruam
👉 Gatal-gatal
👉 Kulit pecah
👉 Tompok hitam
Selain itu, shea butter juga boleh membantu merawat stretch mark kerana mengandungi vitamin E, A, dan F yang mampu menjadikan kulit kekal lembap.
3. MEMPUNYAI SIFAT ANTI BAKTERIA
Shea Butter mempunyai sifat anti bakteria yang boleh membantu menyembuhkan luka.
Kesan parut hitam akibat luka tersebut juga boleh dikurangkan.
Selain itu, bekas gigitan serangga juga boleh dirawat dengan menggunakan Shea Butter.
4. SEBAGAI PELINDUNG MATAHARI SEMULAJADI
Shea Butter juga berfungsi sebagai pelindung UV yang mampu melindungi kulit dari sinaran matahari.
Selain itu, Shea Butter juga mengandungi vitamin A yang berfungsi untuk merawat kulit yang rosak dan vitamin D yang berfungsi untuk memperbaharui sel-sel kulit yang telah mati.
5. TONA KULIT LEBIH SEKATA
Adakah kulit anda mempunyai warna dan tona yang tidak sekata? Jika ya, sebaiknya anda perlu memilih produk kecantikan yang mengandungi Shea Butter.
Shea Butter lebih selamat dan semulajadi untuk menyamarkan noda dan meratakan warna kulit berbanding produk yang menggunakan hydroquinone.
6. MERANGSANG PENGELUARAN KOLAGEN
Kelebihan lain Shea Butter adalah ianya mampu merangsang pengeluaran kolagen.
Kolagen berfungsi untuk menguatkan kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan kedutan serta melambatkan proses penuaan.
Antara produk FreshPicks yang menggunakan Shea Butter sebagai ramuan utamanya ialah:
❤ Ultramoisturizer
❤ Irresistible Lip Color
❤ Refreshing Deodorant
❤ Cabello (hair care Pomade)
#inspirasisihatcantik
#sharingiscaring
#freshpickspremium
Credit Pic: Google
0 comments:
Post a Comment