Showing posts with label Metabolisme. Show all posts
Showing posts with label Metabolisme. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

Faktor yang mempengaruhi metabolisme dan berat badan

Posted by Unknown at 23:39 0 comments
Ramai yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.




Antara faktor yang mempengaruhi lambat atau cepat seseorang itu dapat menurunkan berat badan ialah kadar metabolisme individu tersebut. Sal dah ada share tentang cara nak tingkatkan metabolisme di sini.

Hari ni, kita tengok pila faktor yang mempengaruhi metabolisme seseorang:

  • FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.
  • JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar metabislme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
  • UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
  • JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan epal: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat. Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan berat badan.
  • JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar otot ialah 35-50 kalori sehari.
  • JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
  • TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan menambah otot.
  • TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling aktif.
  • TEORI SET POINT - Satu teori berkaitan metabolisme ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk ke SET POINT yang baru. 

LET'S BURN FAT!
and be healthy..:-)

Sunday, 16 June 2013

10 Tip Mudah Untuk Tingkatkan Metabolisme Badan

Posted by Unknown at 18:49 0 comments
Apa itu metabolisme? 

Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Metabolisme bagi setiap individu berbeza. 

Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.




Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:

1. Minum Air Secukupnya


Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarnya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

2. Jangan lupa suplemen kalsium

                                                      
                                      


Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

3. Makan!
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.

4. Tidur yang cukup

Gambar sekadar hiasan :)
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

5. Jangan Stress
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.

6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. 
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.

7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. 
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.

8. C untuk cergas. 
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

9. Pedas! 
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong


Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

Selamat mencuba!

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi