Showing posts with label Krisis Penyembuhan. Show all posts
Showing posts with label Krisis Penyembuhan. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

Krisis Pemulihan Selepas Gunakan Skincare Natural dan Organik

Posted by Unknown at 02:00 0 comments
Gambar Hiasan: Credit Google
Rasanya ramai yang dah mula timbul kesedaran untuk bertukar kepada skincare natural sekarang ni. Betul kan?

Anda yang baca entry ni pun adalah salah seorang dari mereka :)

Tapi, kebanyakan yang bertukar daripada produk skincare biasa di pasaran kepada skincare natural dan organik ni akan mengalami krisis pemulihan.

Krisis pemulihan ni merupakan proses biasa yang akan dihadapi apabila kulit mula mengalami beberapa fasa dalam proses pemulihan kesan penggunaan skincare terdahulu.

Antaranya ada yang mengalami gatal-gatal, naik ruam, jerawat, jeragat, muka bertambah gelap dan sebagainya.

Terdapat 3 fasa yang mungkin berlaku selepas anda bertukar ke skincare natural dan organik.

Fasa 1: Detox
Fasa 2: Pemulihan
Fasa 3: Pemeliharaan

Tempoh masa untuk setiap fasa ni mungkin berbeza mengikut:

1. Jenis kulit
Untuk jenis kulit normal dan biasanya tak ada masalah kulit, biasanya sekejap saja masa yang diperlukan untuk nampak perubahan.

2. Masalah kulit
Jika kulit anda jenis ada banyak masalah seperti jeragat lama, jerawat penuh dan berminyak teruk mungkin tempoh untuk ketiga fasa di atas akan lebih lama.

Adakalanya kita nampak seperti tiada apa pada kulit tapi sebenarnya kita ada masalah resdung dan resdung tu tak pernah keluar melalui jerawat sebelum ini.

Jadi, kita akan rasa yang kita tak ada masalah kulit sebelum ni tapi bila pakai skincare natural ni, kulit akan rasa gatal atau keluar jerawat yang banyak. Ini bermakna kulit kita sedang mengalami proses detox iaitu proses pembuangan toksin.

3. Sejarah kulit
Mungkin sebelum ini kita selalu bertukar-tukar skincare, atau banyak menggunakan make up atau juga banyak menggunakan krim steroid.
Jadi, kulit kita memang perlukan masa untuk menghilangkan kesan-kesan bahan kimia yang kita pernah gunakan sebelum ini.

4. Kaedah penjagaan kulit sebelum ini
Contohnya untuk kes jeragat dan anda sebelum ni memang tak pernah guna sebarang UV protection. Wajah kita dah terlalu lama terdedah pada sinaran uv tanpa sebarang perlindungan, jadi proses untuk setiap fasa ini akan mengambil sedikit masa.

5. Tahap konsistensi pemakaian produk organik itu sendiri
Kebiasaannya anda akan tersenyum lebar selepas menggunakan produk natural ni secara KONSISTEN dan tanpa campuran produk bahan kimia lain

Apabila anda KONSISTEN DENGAN PRODUK PENJAGAAN ORGANIK, inshaAllah anda akan dapat kesan dan hasil yang memuaskan, ditambah pula dengan bahannya yang selamat dan semulajadi.

Natural Beauty Face (credit Google)

Ok, dah last ni Sal nak bagitau yang ini adalah peringatan kasih sayang tau ;)
Kalau nak kulit sihat secara semulajadi, anda perlu tanamkan dalam diri yang anda perlu
SABAR
.
.
SABAR
.
.
dan
.
.
SABAR.

Semoga bermanfaat ye :)

SAL,
013-7144847

Monday, 13 January 2014

Apa itu Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan?

Posted by Unknown at 07:35 0 comments
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Krisis Penyembuhan ('Healing Crisis')?

A: Merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan Cina, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q: Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A: Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.


Q: Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A: Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.


Q: Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A: Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Q: Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A: Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


                                     
Q: Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan

1) Sakit kepala yang melampau
  • Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2) Demam, tidak cukup rehat
  • Penyebab meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Cirit birit, najis berbau, air kencing berbau
  • Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
4) Kembung perut
  •  Sistem penghadaman yang lemah
5) Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
  • Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
6) Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
  • Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
7) Pendarahan Hidung
  •  Petanda bagi kekurangan darah
8) Rasa sakit pada otot dan sendi
  • Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit
9) Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
  • Proses mempercepatkan krisis penyembuhan
10) Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
  • Penyebab Sistem saraf yang lemah
11) Kitaran haid yang tidak menentu
  • Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir, perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
12) Lapar, kerap pening
  • Tekanan darah rendah, anemia
13) Loya, sembelit, tersedu
  • Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14) Edema (membengkak)
  • Masalah buah pinggang
** Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Credit

Apa yang penting, sepanjang mengamalkan supplements, amalkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebagai terapi minda dan jiwa (bagi Muslim).
Apabila anda tenang dan positif, penyakit mudah hilang.
Selain tu, yang tak kurang pentingnya, AMALKAN MINUM AIR MASAK/KOSONG sekurang-kurangnya 3L sehari!

Sebarang masalah lain, sila rujuk Distributor anda.
Bagi pelanggan Sal, anda boleh hubungi Sal bila-bila masa sahaja :)

SMS/CALL/WHATSAPP 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi