Showing posts with label Kepentingan Air. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Air. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

Kenapa kita perlu minum AIR?

Posted by Unknown at 17:19 0 comments
Air merupakan asas kepada kehidupan manusia. Manusia yang tak makan 2-3 hari masih boleh bertahan..tapi macamana kalau 2-3 hari tanpa air??

Jadi, kat sini, Sal listkan 9 sebab utama kenapa kita perlu minum air:


  1. Penurunan berat badan - bagi sesiapa yang ingin berdiet, anda digalakkan 'berkawan baik' dengan air kosong sebabnya air ni merupakan alat terbaik bagi proses penurunan berat badan. Jika tiba-tiba anda berasa lapar (ketika bukan waktu makan anda lagi), ia sebenarnya bukan lapar, tetapi tubuh anda memerlukan air. Jadi, fungsi air kat sini untuk memintas selera makan anda. Bila lapar je, terus cari makan...macamana anda nak berdiet? Air kosong ni tak ada lemak, tak ada kalori, tak ada karbo dan tak ada gula. Minum air kosong sebenarnya amat membantu rejim penurunan berat anda.
  2. Kesihatan jantung - apabila anda minum air pada kadar yang cukup, anda sebenarnya dapat menurunkan risiko serangan penyakit jantung. A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.
  3. Tenaga - Apabila kita berasa dahaga, itu bermakna badan kita sudah dehydrate. Dehydrate ini akan menarik tenaga dan membuatkan kita berasa letih. Oleh itu, penting untuk kita sentiasa minum air bagi mengelakkan badan kita dehydrate yang boleh menyebabkan kelesuan, lemah otot, pening kepala dan lain-lain simptom.
  4. Pengubat sakit kepala - Sakit kepala merupakan salah satu gejala tanda badan kita kekurangan air.
  5. Kesihatan kulit - Minum air terbukti boleh melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kering. Air juga berfungsi untuk membersihkan kulit dan membuatkan kulit lebih berseri.
  6. Masalah penghadaman - Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk mencernakan makanan yang kita makan. Air sangat-sangat membantu dalam menangani masalah perut berasid dan sembelit (air bersama fiber)
  7. Ejen pembersihan - Air berfungsi untuk mengeluarkan toksin dari badan kita.
  8. Risiko kanser - minum sejumlah air kosong yang bersih boleh mengurangkan risiko kanser kolon sebanyak 45%. Minum air kosong yang cukup juga boleh mengurangkan risiko pundi kencing sebanyak 50% dan juga berpontensi mengurangkan kanser payudara.
  9. Senaman yang lebih baik - Kalau badan kita kekurangan air, ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti senaman kita.Bersenam ni memerlukan air tambahan, jadi adalah penting untuk memastikan air diambil dengan mencukupi sebelum dan selepas bersenam. 
~ Sharing is Caring~

Tuesday, 18 June 2013

Kepentingan Air Untuk Kurus

Posted by Unknown at 05:28 0 comments
AIR UNTUK KURUS ? Biar betul? Kenapa air ni penting ye untuk kurus?

Kalau anda semua nak tahu, kekurangan peratusan air dalam badan boleh membantutkan proses pengurusan badan anda terutamanya jika anda memang sedang giat berdiet.




Kenapa ya? Di bawah disenaraikan mengapa air sangat penting dalam proses pengurusan dan pelangsingan badan:

1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

4. Apabila berlaku hidrasi, ia akan menyekat pengaliran darah dalam tubuh, dan mengurangkan bekalan oksigen dalam otot di mana anda kan berasa cepat letih. Bila ini berlaku, anda pasti tidak mampu untuk melakukan senaman atau bergerak aktif untuk membakar lemak.

5. Selain itu, air juga mambantu mengekalkan pembentukan dan kontraksi otot tubuh sewaktu kita bergerak atau bersenam. Bekalan air yg cukup boleh menjauhkan kita daripada mengalami risiko kekejangan otot atau otot mudah membengkak sewaktu melakukan aktiviti senaman.

6. Pengambilan serat dan protein adalah amat penting dalam proses diet anda tetapi fungsi serat akan terhalang tanpa air yang cukup. Jadi, itulah sebabnya mengapa anda masih mengalami sembelit meskipun sudah mengambil keperluan serat yg cukup.

7. Minum air juga ada aturannya, pengambilan air pada waktu yang tepat dengan jumlah yang cukup akan memaksimumkan keberkesanan fungsi tubuh. Dua gelas air sebaik bangun tidur akan membantu kelancaran proses penghadaman, satu gelas air sebelum mandi membantu merendahkan tekanan darah, satu gelas air sebelum tidur akan mengelakkan strok atau serangan jantung. Bukan sahaja turun berat badan, tetapi juga sihat dan murah.

8. Setiap hari kita akan kehilangan lebih kurang dua liter air dari badan melalui proses perkumuhan, pernafasan dan aktiviti2 lain. Jadi kita perlu menggantikan air yang hilang itu supaya proses di dalam badan tidak terganggu dan sekaligus meningkatkan kadar metabolisme.

9. Minum sebotol air mineral sejam sebelum bersukan atau melakukan senaman, pasti anda akan berpeluh dengan banyak dan mengeluarkan toksin dari tubuh dengan cepat. Selagi toksin yang terkumpul dalam badan tidak dibuang, selagi itu anada tidak akan mendapat berat badan yg diimpikan.

10. Minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari bagi memenuhi keprluan air dalam tubuh bergantung juga kepada keperluan dan tahap aktiviti mengikut individu. Air akan hilang sebanyak 1 mililiter bg setiap 1kcal yang digunakan dalam kegiatan harian.

SELAMAT MINUM AIR!

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi