Showing posts with label Argan Oil. Show all posts
Showing posts with label Argan Oil. Show all posts

Wednesday, 30 November 2016

Apa itu Carrier Oils (Minyak Pembawa)?

Posted by Unknown at 09:24 0 comments
Carrier oil (minyak pembawa) merupakan minyak yang digunakan sebagai based atau asas kepada penghasilan sesuatu produk tanpa melibatkan bahan kimia yang lain.

Senang cerita, nak buat sebarang produk skincare, lipcare atau bodycare secara homemade, natural dan semulajadi, Carrier Oil ini akan digunakan sebagai bahan asas.

Carrier Oil yang baik adalah yang pure, dihasilkan dari sistem pertanian organik dan diolah secara organik agar kualitinya terjaga.
Carrier Oil yang terbaik juga mestilah yang diperoleh dengan kaedah coldpress dan unrefined agar segala khasiat yang terkandung di dalamnya masih kekal.

Terdapat pelbagai jenis carrier oil yang sering digunakan samada untuk aromatherapy atau pun digunakan untuk menghasilkan produk-produk kecantikan.

Minyak yang sumbernya dari kekacang atau nuts oil adalah lebih pekat dan berminyak daripada jenis carrier oil yang lain dan lebih sesuai digunakan untuk kulit jenis kering kecuali minyak yang sumbernya dari kacang sweet almond dan hazelnut memiliki tekstur yang lebih ringan dan mudah diserap oleh kulit. Oleh sebab itu, minyak dari dua sumber ini sering digunakan dalam produk-produk kecantikan.

Jadi, kalau anda jenis yang ada alergik pada sumber kekacang, anda lebih perlu berhati-hati ketika menggunakan Carrier Oil dari sumber tersebut.

Berikut adalah jenis-jenis carrier oil yang sering digunakan.

1. Apricot Kernel
Minyak yang ringan, mudah menyerap ke lapisan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kaya dengan kandungan vitamin A yang dapat meningkatkan penghasilan kolagen.

2. Argan
Minyak yang kaya dengan vitamin E dan juga kaya dengan antioksidan. Ianya sanagat bermanfaat untuk membekalkan nutrisi, memperbaharui dan membaiki kulit. Minyak argan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.

3. Avocado
Minyak yang kaya dengan Vitamin A, B,D dan E serta sangat berkhasiat untuk kulit kering.

4. Evening Primrose
Minyak yang sangat baik untuk anti penuaan. Ianya kaya dengan kandungan antioksidan yang melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Penggunaannya secara konsisten pada kulit boleh membantu melambatkan proses penuaan pada kulit. Kaya dengan GLA (Gamma Linolenic Acid) yang berperanan penting dalam melembapkan dan menganjalkan kulit. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan masalah iritasi pada kulit dan melindungi kulit terhadap pencemaran persekitaran.

5. Grapeseed

Minyak yang ringan dan memiliki kandungan protein serta antioksidan yang tinggi. Ianya juga sangat bermanfaat untuk membantu melawan proses penuaan. Minyak ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

6. Hazelnut
Minyak yang menenangkan dan melembutkan, mempunyai daya serapan yang tinggi pada kulit, tidak berminyak serta mempunyai aroma lazat kacang hazelnut panggang menjadikan ianya sangat terkenal sebagai minyak urut aromatherapy. Minyak ini juga sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan berminyak.

7. Jojoba

Minyak yang ringan, dapat memperbaharui kulit serta mengurangkan iritasi dan radang kulit.

8. Macadamia
Kaya dengan kandungan vitamin A, E dan F, minyak yang sangat baik untuk kulit kering dan memperbaharui kulit matang dan ada tanda-tanda penuaan.

9. Olive (zaitun)
Buah zaitun kaya dengan antioksidan, melindungi kulit daripada kesan berbahaya akibat radikal bebas dan mencegah tanda penuaan. Kaya dengan kandungan emolien dan memelihara kulit secara mendalam serta melembapkan kulit secara semulajadi. Mengurangkan masalah iritasi kulit serta sangat lembut untuk kulit sensitif, eczema, psoriasis, kurap, kulit bayi, kulit dewasa, iritasi, dan sesuai juga untuk jenis kulit kombinasi kering-normal. Teksturnya berat dan sedikit melekit. Sangat sesuai untuk merawat masalah kulit, tangan, bibir dan rambut.

10. Passion fruit
Minyak eksotik yang terkenal dengan kandungan bioflavonoid yang kaya dan omega-6, anti-radikal bebas sehingga dapat melindungi kulit dari tanda penuaan. Dapat memperbaharui, memulihkan lapisan lipid, melindungi kulit dari dehidrasi, serta memelihara kulit dan rambut yang halus dan kering tanpa meninggalkan rasa melekit. Mencegah munculnya garis-garis halus dan kedutan. Aromanya lembut dan segar. Sesuai untuk merawat kulit kering, terlampau kering, kulit dewasa, dan kulit dehidrasi.

11. Peach Kernel
Kaya dengan kandungan vitamin A dan digunakan untuk merawat kulit kering, kulit rosak akibat sinaran matahari dan masalah stretch mark.

12. Rosehip Seed
Minyak yang sangat sesuai untuk kulit lebih awet muda dan glowing. Sangat kaya dengan kandungan asid lemak tak tepu dan vitamin E untuk memperbaharui sel kulit sehingga sangat efektif untuk anti penuaan, merawat kulit kering, eczema, dan parut. 

13. Safflower
Sesuai untuk semua jenis kulit, mengandungi vitamin, mineral dan protein.

14. Shea Butter
Shea butter merupakan jenis carrier oil yang mempunyai pelbagai fungsi kerana sangat bagus untuk digunakan sebagai pelembab dari hujung rambut hingga hujung kaki. Shea butter berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari kerana adanya karotene, vitamin A dan terpene alcohol yang dapat meningkatkan fungsi pelindung sinaran uv. Shea butter juga bersifat anti-inflamasi dan mengurangkan iritasi. Shea mampu melembabkan dan memelihara lapisan kulit dari dalam, memperbaharui, memulihkan jaringan dan mengembalikan keanjalan kulit. Shea sesuai untuk semua jenis kulit, membantu masalah kulit seperti jerawat, iritasi, ekzema, kulit dehidrasi, dan sangat bagus diamalkan oleh ibu hamil untuk mencegah stretchmark dan bayi untuk mencegah ruam. Teksturnya mudah diserap oleh kulit dan dapat memberikan kelembapan maksimum membuatkan shea butter sering digunakan sebagai bahan utama produk kecantikan kulit dan rambut.

15. Soya Bean
Minyak ringan yang merawat kulit berminyak dan mengandungi vitamin dan mineral.

16. Sweet Almond
Sangat bagus untuk kulit kering dan membantu mengurangkan rasa gatal dan kulit keradangan, sesuai untuk penanggal mekap secara natural dan sangat baik untuk menjaga kesihatan kuku. Teksturnya ringan dan sangat mudah meresap.

Sumber Sal rujuk di sini

Di FreshPicks, kami juga menggunakan beberapa carrier oil sebagai ramuan premium utama dalam produk-produk kami, antaranya:

Coconut oil 
- MILXO (Sabun susu kambing)
- Irresistible Lip Treatment / Color (ILC)
- HoneyFrencht Organic Lip Scrub
- Refreshing Deodorant
- Marvell Bodysoap
- CoffeeVanilla Body Scrub
- Bodywash (Liquid)
- Shampoo Bar
- Cabello (Hair Care Pomade)
- Organic Baby Oil with Lavender

Palm oil 

- Bodywash
- Marvell Bodysoap
- MILXO (Sabun susu kambing)

Olive oil 

- Criansa Soap
- MILXO (Sabun susu kambing)
- Chocoffee Face Mask / Scrub 2 in 1
- Marvell Bodysoap
- CoffeeVanilla Body Scrub
- Organic Body Lotion
- Bodywash
- Organic Baby Oil with Lavender

Apricot kernel oil
- Organic Baby Oil with Lavender
- Organic Body Lotion
- Arganne Face Oil Complex
- Ultra-moisturizer
- Criansa Soap

Sweet almond oil

- Ultra-moisturizer
- HoneyFrencht Organic Lip Scrub
- Cabello (Hair Care Pomade)

Jojoba Oil

- Cabello (Hair Care Pomade)
- Irresistible Lip Treatment / Color (ILC)
- Arganne Face Oil Complex
- Ultra-moisturizer

Rosehip seed oil

- Arganne Face Oil Complex

Castor Oil

- Solid Perfume
- CoffeeVanilla Body Scrub

Avocado Oil

- Lipbalm for Drylips

Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk-produk FreshPicks yang super awesome ni, boleh hubungi Sal seperti details di bawah ye :)

----
Untuk Info & Order:

Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Thursday, 17 November 2016

Argan Oil Minyak Terbaik Untuk Kecantikan

Posted by Unknown at 15:52 0 comments

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Anda pernah tak dengar pasal Argan Oil? Atau pernah dengar nama je tapi tak tahu apa itu Argan Oil?

Argan Oil ni merupakan rahsia kecantikan wanita Morocco sejak berabad lama lagi tau.

Sal pernah cerita tentang asal usul Argan Oil ni. Boleh baca di sini ya :)

FreshPicks pun ada Argan Oil tau.

Argan Oil dari Freshpicks ni adalah 100% organic certified by USDA and Ecocert. Tiada campuran bahan kimia.

Apa yang bestnya Argan Oil FreshPicks ni?
➡Ianya adalah 100% pure organic Argan Oil yang mempunyai ciri-ciri dan kesan yang mengagumkan ke atas wajah, rambut dan badan anda.

Minyak Argan adalah revolusi penggalak kecantikan yang akan membuat anda teruja kerana kemampuannya untuk melembap dan melembutkan kulit, rambut serta wajah anda.

Kenapa anda mesti pilih Argan oil FreshPicks?
✔ Kami hanya menggunakan 100% Argania spinosa kernel sahaja.
✔ Kekacang argan yang dipilih adalah dari hasil terkini
✔ Hanya kacang yang matang digunakan untuk memastikan 100% manfaat kacang argan diperoleh.
✔ Kekacang argan yang dikutip adalah yang baru sahaja jatuh (mencapai matang)
✔ Tiada proses nyahbau atau rawatan karbon bagi memastikan keaslian Argan oil tetap terjamin.
✔ Praktis pembuatan yang terbaik (bebas bakteria)
✔ Premium gred Argan Oil kami melalui proses COLD PRESSES di mana suhu terkawal untuk memastikan komponennya kekal
✔ 100% organic certified by USDA and Ecocert. Tiada campuran kimia
✔ Gred premium kami berbau kekacang argan semulajadi
✔ Argan Oil kami sangat lembut ke atas kulit dan tidak melekit.
✔ Ianya sangat mudah meresap, walaupun anda ada masalah kulit, Argan Oil ini mampu memberi efek yang melegakan.

100% Organic Argan oil boleh digunakan untuk:

- Perapi rambut
- Pelembap wajah
- Serum anti penuaan
- Merawat masalah kulit kering seperti eczema
- Merawat masalah jerawat
- Menggayakan rambut
- Merawat stretchmark
- Melegakan radang kulit
- Merawat masalah rambut, bibir, kuku, sunburn

Organik Argan Oil di FreshPicks dibotolkan dalam dua versi iaitu:

1) 100% organik pure, yang ni tidak dideodorize (dinyahbau) dan tidak dicampur dengan minyak2 premium yang lain, kami jual original bau asal dia (bau lemak-lemak kacang).
- Boleh digunakan head to toe (multipurpose)

2) 100% organik pure (85%-90% kandungan) dan ditambah dengan beberapa jenis minyak premium yang lain seperti Jojoba Oil, Rosehip seed Oil, Essential Oil seperti geranium, frankincense, lavender, teatree, dll jadi bau dia wangi.
- Bau wangi tu adalah bau essential oil dan bukan pewangi, cuma bau asli daripada pati EO tu.
- Lebih khusus untuk merawat kulit muka.

Jadi, anda boleh pilih ikut kesesuaian anda.

Jika anda berminat untuk dapatkan Argan Oil FreshPicks atau mana-mana produk FreshPicks yang lain boleh hubungi Sal ye :)

#freshpickslover
SAL,
013-7144847

Tuesday, 8 November 2016

Asal Usul Minyak Argan

Posted by Unknown at 08:17 0 comments
Buah dan pokok Argan
Minyak Argan adalah minyak yang dihasilkan dari biji pokok argan yang penuh dengan khasiat semula jadi untuk kosmetik dan juga kesihatan tubuh badan manusia dalaman dan luaran. 

Pokok liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi dan dianggap satu keajaiban Maghribi kerana ciri-ciri yang luar biasa. Ia tidak takut dengan kemarau dan mampu menahan suhu yang tinggi sehingga 50 darjah Cel. 

Satu pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati, ia boleh kekal aktif dan kemudian boleh hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana sistem akar yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan, sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di kawasan padang pasir.

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa pernah meliputi Afrika Utara dan kini terancam dan di bawah perlindungan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Minyak Argan juga kekal sebagai salah satu daripada minyak yang jarang ditemui di dunia disebabkan oleh kawasan-kawasan yang semakin kecil dan sangat khusus.

Minyak Argan diekstrak dari buah Argan melalui Proses Tekanan Sejuk dan dianggap "cecair emas" yang mempunyai seribu khasiat dan faedah untuk kesihatan dan kecantikan.

Biji-biji Argan

Bahagian dalam buah Argan
Antara keunikan lain pokok ini, ia amat digemari oleh haiwan termasuk kambing - sehingga sanggup memanjat pokok ini untuk buahnya.


Pada asalnya, buah yang dicernakan oleh kambing akan dibersihkan dan digunakan untuk tujuan menghasilkan minyak untuk tujuan kosmetik.

Namun setelah beberapa lama mereka sedar yang khasiat yang sama dapat juga diperolehi daripada minyak yang dihasilkan daripada buah yang terus dipetik dari pokok (dan bukan lagi dari sisa kambing yang tidak dicerna)

Minyak dihasilkan daripada isi kekacang buah argan dengan mengisarnya sehingga halus dan minyak akan diperah daripada isi buah ini. 

Untuk menghasilkan minyak argan yang digunakan untuk masakan, biji buah argan akan dipanggang terlebih dahulu. Ini akan mengahasilkan minyak yang lebih banyak. Namun begitu, minyak argan yang digunakan untuk masakan ini adalah kurang sesuai untuk tujuan rawatan kulit dan rambut, manakala harganya juga adalah lebih murah. 

Minyak argan yang baik dihasilkan tanpa proses pemanggangan.


Minyak Argan
Antara khasiat minyak argan ialah:

✔ Melindungi kulit dari masalah kedutan yang disebabkan penuaan.
✔ Argan oil sangat baik bagi kulit kering di mana ini dapat membantu menyegarkan dan melembutkan kulit.
✔ Minyak Argan kaya dengan protein yang sangat baik untuk kekenyalan kulit. Ini menguatkan struktur ikatan protein pada kulit yang berfungsi untuk menganjalkan kulit dan menjadikan ia tampak lebih segar.
✔ Masalah gatal-gatal pada kulit dan parut akibat kegatalan juga dapat di atasi dengan Argan Oil.
✔ Minyak Argan dapat mencegah Stretch Mark pada kulit terutamanya sewaktu mengandung.
✔ Menguatkan kuku yang mudah rapuh serta menguatkan kulit halus pada akar kuku.
✔ Untuk penyakit yang berkaitan sendi seperti Rheumatoid arthritis (RA), Osteoarthritis (OA), Lupus, dan lain-lain, minyak argan boleh membantu mengurangkan rasa sakit.
✔ Minyak argan juga boleh digunakan untuk massage (mengurut) dan sangat baik untuk rasa yang lebih relaks disamping menjadikan kulit lebih cantik, sihat dan menawan.
✔ Salah satu fakta yang paling menarik tentang Minyak Argan ini ialah ianya sangat efektif untuk kulit yang berminyak serta kulit kering. Sebum adalah bahan berminyak yang dirembeskan oleh kelenjar sebum yang menekan kulit basah dan melindungi kulit dari kekeringan, namun rembesan yang berlebihan juga sebenarnya tidak baik untuk kulit. Minyak Argan berfungsi mengawal rembesan sebum dan menjadikan ianya yang lebih stabil.

Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk anda ☺

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi