Thursday, 3 November 2016

Bahaya Bahan Kimia dalam Kosmetik dan Produk Penjagaan Diri

Posted by Unknown at 12:04
Assalamualaikum & Hai semua :)

Rasanya hampir semua dari kita sudah terbiasa menggunakan produk kosmetik dalam kehidupan kita seharian.

Tak kisahlah bedak ke, lipstick ke, deodorant ke atau pun perfume. 

Sal rasa tak ramai pun dari kita ni yang membaca setiap label pada setiap produk yang kita gunakan tu. Betul tak?

Bahan apa yang terkandung, apa fungsi setiap bahan dan apa kesan setiap bahan yang nama nya pelik-pelik tu, adakah kita pernah ambil tahu?

Credit: Google

Tahukah kita bahawa ada antara bahan tersebut sangat berbahaya terhadap kulit dan penggunaannya dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan penyakit kanser?

Sal nak share beberapa bahan yang selalu dan biasa digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit, fungsi dan apa kesan penggunaannya.

1. Sodium atau Amonium Lauryl Sulfate (SLS atau ALS)
Sodium Lauryl Sulfate (SLS) digunakan secara meluas dalam produk penjagaan diri seperti syampu, ubat gigi, cecair pencuci mulut, mandian, sabun, pencuci pakaian dan biasanya digunakan bersama-sama Sodium Laureth Sulfate (SLES) dan Ammonium Laurel Sulfate (ALS).

Bahan-bahan ini dikatakan sangat bagus digunakan dalam konsentrasi ia berfungsi sebagai "surfuctant" (pencampur air dan minyak). Ini menjadikan produk-produk tersebut menghasilkan buih yang banyak menjadikan produk seperti syampu dan ubat gigi sebagai bahan pembersih yang efektif.

Pembersih yang efektif dan murah menjadikan SLS banyak digunakan dalam industri agen pembersihan.

SLS atau ALS ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit atau mata. Bahan ini juga mudah diserap ke dalam tubuh kita dan tertumpu di paru-paru, hati, otak serta jantung dan boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan di kemudian hari (jangka masa panjang penggunaan). Bahan ini jika masuk ke dalam boleh menyebabkan masalah katarak.

2. Paraben
Paraben berfungsi sebagai bahan preservative atau pengawet yang biasa digunakan dalam produk kosmetik, ubat-ubatan dan lain-lain. 

Antara bahan kosmetik yang biasanya menggunakan parabaen sebagai bahan pengawet ialah mekap, pelembap kulit, produk penjagaan rambut, produk pencukur dan beberapa produk penjagaan yang lain. Sesetengah deodorant ada yang menggunakan paraben dan ada yang tidak.

Antara parabens yang biasa digunakan ialah Methyl Paraben, Butyl Paraben, Propyl Paraben dan Ethyl Paraben.

Kesan penggunaan parabens sebenarnya sudah lama diketahui dengan efek sampingannya iaitu boleh menimbulkan alergik dan bintik-bintik merah pada kulit. 

Beberapa kajian yang dijalankan juga sudah membuktikan bahawa parabens boleh menjadi punca kepada kanser payudara.

3. Propylene glycol

Propylene glycol digunakan sebagai pelarut dan juga berfungsi untuk menyerap lebihan air serta mengekalkan kelembapan dalam ubat-ubatan, kosmetik dan produk-produk makanan.

Bahan ini boleh menyebabkan alergik dan kesan kemerahan pada kulit. Jika diserap masuk ke dalam tubuh, ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan ginjal. 

4. Isopropyl alcohol (IPA)Isopropyl alcohol (IPA) juga dikenali sebagai isopropanol merupakan sejenis bahan kimia yang banyak dijumpai dalam rubbing or swap alcohol, hand sanitizers dan beberapa produk pembersihan yang lain. 

Keracunan terhadap penggunaan IPA berlaku apabila hati sudah tidak mampu lagi menampung kandungan IPA dalam badan yang boleh diserap masuk akibat penggunaannya yang tidak terkawal dan berterusan.

Ia juga boleh menyebabkan iritasi kulit dan kulit boleh menjadi tua sebelum usia.

5. Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA) dan Monoethanolamine (MEA)
Zat-zat ini adalah pelarut yang keras. 

Ia berfungsi sebagai detergen dan emolient yang digunakan dalam krim pencuci wajah dan losyen badan.

Penggunaannya yang berterusan juga boleh menyebabkan kanser hati dan ginjal.

6. Aluminium
Merupakan jenis logam berat. Dalam kosmetik, bahan ini biasa digunakan sebagai antiperspirants atau deodorant. 

Bahan ini dilaporkan sebagai penyebab penyakit Alzheimer. Kajian terbaru juga membuktikan bahawa bahan aluminium yang terdapat dalam deodorant juga boleh menyebabkan terjadinya kanser payudara.

7. Merkuri
Zat Merkuri (raksa) ini merupakan golongan logam berat. Ion merkuri anorganik adalah bersifat racun akut. 

Ia banyak dijumpai dalam produk kecantikan yang berfungsi untuk memutihkan kulit. 

Bahan ini dapat menyebabkan masalah kesihatan seperti alergik, iritasi kulit, kerosakan otak, gelisah/gugup, dan juga kerosakan pada ginjal dan hati.

8. Talc

Talc adalah bahan mineral yang digunakan dalam pelbagai produk penjagaan kosmetik dan peribadi bermula daripada bedak bayi sehinggalah kepada eyeshadow. Ia digunakan untuk menyerap kelembapan, melicinkan atau melembutkan produk, mencegah caking, dan membuat solekan lebih legap.

Talc sering digunakan sebagai bahan pengisi atau pembawa dalam bedak powder atau pun serbuk kosmetik. Kajian membuktikan bahawa penggunaan talc yang berterusan di bahagian "genital" boleh menyebabkan pembentukan kanser ovari. 

Jika sering terdedah dan banyak tersedut juga boleh menyebabkan gangguan kepada kesihatan.

*******************************************************************************


Itulah serba ringkas info tentang beberapa bahan yang sering digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan kulit kita seharian.

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lengkap untuk setiap bahan yang Sal kongsikan di atas boleh la anda Google ye. Banyak website yang ceritakan lebih details untuk setiap bahan tu dan inshaAllah Sal pun akan kongsikan sedikit demi sedikit setiap bahan yang berbahaya ni untuk makluman anda. 

Pesanan Sal, berhati-hati lah dalam memilih produk penjagaan diri dan rumah kita. Jika boleh diusahakan, cubalah untuk bertukar kepada produk-produk yang menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Lebih selamat. inshaAllah :)

Rujukan:

1 comments:

Lily said...

Wow, thats surely exquisite to recognize the fact and I am positive you will also love my article written here pink lady apple nutrition approximately Hope so you will love to provide me a go-to.

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi