Saturday 4 October 2014

Keperluan Protein Dalam Badan

Posted by Unknown at 16:16
Protein merupakan komponen terpenting untuk setiap sel dalam badan dan merupakan struktur asas kehidupan yang terdiri daripada 22 asid amino.

Protein disimpan di dalam otot dan organ badan manusia bagi membina dan membaiki tisu sel-sel badan manusia selain membantu dalam perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah:

✔ Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
✔ Menyihatkan jantung supaya badan kekal aktif
✔ Meningkatkan sistem imunisasi badan

Agaknya berapakah keperluan protein dalam badan kita?

Tidak ada kuantiti yang tetap bagi memastikan berapa keperluan protein setiap individu kerana ia adalah berbeza bergantung pada umur, size, aktiviti dan tahap kesihatan semasa. Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut Perubatan dan Sains Kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan.

Institut Perubatan mengesyorkan orang dewasa mendapat sekurang-kurangnya 0.8 gram protein bagi setiap kilogram berat badan sehari atau anggaran 64 gram bagi orang dewasa.

Di Amerika Syarikat (AS), orang dewasa mendapat purata 15 peratus kalori daripada protein; jadi bagi individu yang memerlukan 2,000 kalori per hari dalam dietnya, dia memerlukan kira-kira 75 gram protein.

Bagaimana pula dengan kadar pengambilan protein untuk orang dewasa di Malaysia? Adakah pola pemakanan harian rakyat Malaysia memenuhi keperluan protein setiap hari?

Bagi mereka yang sihat, pengambilan protein 20 hingga 25 peratus daripada kalori boleh mengurangkan risiko penyakit jantung jika pengambilan protein tersebut boleh menggantikan karbohidrat ringkas, seperti roti putih, nasi putih, atau minuman bergula yang biasa diambil. Diet yang tinggi protein dan rendah kalori juga boleh memberi kesan kepada penurunan berat badan walaupun ianya mengambil sedikit masa untuk mendapat hasilnya.

Selain itu, individu yang sihat yang mengambil 20 hingga 25 peratus kalori daripada protein juga tidak akan memberikan kesan kepada kerosakan buah pinggang. Penyelidikan yang dilakukan oleh National Academy of Sciences menyatakan bahawa diet tinggi protein bahaya untuk individu yang mempunyai penyakit buah pinggang. Oleh itu, bagi anda yang ingin mengamalkan diet tinggi protein, perlulah merujuk kepada doktor atau pakar diet berdaftar terlebih dahulu bagi menentukan keperluan protein yang sesuai untuk diri anda.

Antara sumber protein yang baik ialah telur, daging, ikan, susu, kekacang dan banyak lagi. Tapi, protein pilihan Sal tentulah ESP (Energizing Soy Protein) (^_^)


Sebagai ibu yang menyusukan anak, Sal perlu lebih cergas dan bertenaga. Sebabnya kalau ibu menyusu ni cepat penat, tak bertenaga ianya boleh efek pada penghasilan susu. ESP ni memang membantu sebab ianya membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan.

ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya non-GMO berkualiti tinggi termasuk 9 asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Antara kelebihan ESP Shaklee ialah:

✔ Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
✔ Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
✔ Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

-----

Untuk Info & Order:



Kawasan COD: Putrajaya - Bangi - Serdang - Puchong - Seri Kembangan
Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi