Monday 8 September 2014

Oh! Jerawat...Jom Kenali Jenis Jerawat

Posted by Unknown at 10:08
Jerawat?? Sebut je perkataan jerawat ni semua orang takut...betul tak? Tu baru sebut, tak betul-betul ditumbuhi jerawat lagi kan....hehehe

Semua orang 'alert' bila muka ditumbuhi jerawat. Mula lah tangan start duk 'menggatal' nak sentuh jerawat tu kan? Ada yang lagi teruk, sukaaaa sangat picit jerawat! NO NO NO....bukan sahaja bahaya tapi boleh sebabkan parut kekal ye....

Jerawat ni merupakan sejenis radang kulit yang akan membengkak disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan dan menyebabkan liang-liang kulit tersumbat.

Terdapat 6 jenis jerawat yang utama yang selalu dialami iaitu:

1. Jerawat Vulgaris 
Jerawat jenis ini adalah yang paling biasa dialami dan ia amat mudah dikenal pasti. Jerawat ini biasanya datang bersama whitehead, bintik hitam, papules, pustules (jerawat biasa) yang disertai dengan nodul dan sista (jerawat serius) yang amat menyakitkan. Jenis ini biasanya dapat dirawat dengan krim atau rawatan semulajadi.



2. Jerawat Rosacea
Bintik dari jenis ini kelihatan sama dengan jerawat vulgaris, Ia biasanya berbentuk seperti ruam pada pipi, hidung, dahi dan dagu. Jenis jerawat ini biasanya akan berakhir dengan lebam dan bintik hitam, biasanya dideritai oleh wanita dan mereka yang berusia 30 tahun keatas. Jerawat jenis ini adalah sedikit lebih ekstrem dari vulgaris dan ianya memerlukan rawatan yang lebih 'berkuasa'.



3. Jerawat Conglobata
Jerawat jenis ini adalah yang paling teruk dan biasanya dihidapi oleh lelaki. Ia dapat dikenali dengan kesan luka besar diseluruh muka. Terdapat juga bintik hitam yang terhasil dari jerawat ini. Jenis ini akan menyebabkan kerosakan yang serius pada kulit dan parut dari masa ke semasa. Produk yang mengandungi isotretinoin adalah yang paling berkesan untuk merawat jerawat jenis ini.



4. Jerawat Fulminans
Jenis ini biasanya dihidapi oleh lelaki yang berusia muda dan datang dengan tiba-tiba. Ia adalah berbeza kerana ia biasanya diikuti dengan demam dan sakit sendi, tetapi boleh dirawat dengan ubat steroid atau produk yang mengandungi isotretinoin.



5. Folliculitis gam-negatif
Jerawat jenis ini adalah yang amat jarang ditemui. Ia datang bersama postules dan sista. Ia adalah hasil komplikasi akibat rawatan jangka panjang antibiotik jerawat vulgaris. Seperti jerawat yang lain ia dapat dirawat dengan isotretinoin.


6. Pyoderma Faciale
Biasanya dihidapi oleh wanita yang berusia 20 dan 40 tahun. Jika diserang oleh jerawat ini akan merasa sakit dan juga kudis jerawat yang akan meninggalkan kesan parut. Datang secara tiba-tiba seperti jerawat fulminans tetapi terhad kepada muka dan biasanya akan hilang kurang dari setahun.



Siapa suka kalau muka kita ditumbuhi jerawat? Betul tak? Jadi, amalkan pemakanan sihat, jaga kebersihan diri dan diet anda bagi mencegah jerawat. Dapatkan nasihat pakar jika anda masih ragu tentang masalah jerawat yang membelenggu anda.

Credit pic to Google

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi