Thursday 17 July 2014

Isu Shaklee dan Israel: Benarkah Shaklee Penyumbang Dana Israel?

Posted by Unknown at 13:24
Seperti biasa, isu ni akan timbul bila Israel menyerang dan melakukan penganiayaan terhadap umat Islam di Palestin. Tak pernah habis....sebenanrnya malas nak bangkitkan isu ni TAPI Sal rasa Sal perlu buat entry ni bagi memastikan anda semua tak salah faham seterusnya menabur fitnah yang bukan2 terhadap kami SID.

Sal cakap ni pun bukan sebab Sal ni SID semata-mata....takkan Sal masih nak jual Shaklee kalau dah tahu terang terangan Shaklee menyumbang kepada Israel kan? Takkan la sanggup Sal nak aniaya saudara seagama kita?

Ramai yang share pasal link Kenesethisrael.com tu kan....rata2 akan share pasal link ni... (better jangan bukak ye...nanti makin galak la dia...). Para upline dan leader-leader kami pun dah tanya berkenaan isu ni pada pengurusan Shaklee tentang anggapan yang Shaklee ni menyumbang ke Israel TETAPI HAKIKATNYA link atau website tersebut adalah milik Shaklee Independent Distributor (SID) macam kami ni jugak. Maksudnya, dana atau sumbangan dia tu adalah inisiatif orang perseorangan (independent distributor).

Shaklee langsung tak ada hak nak tentukan bagaimana ahli-ahlinya nak gunakan duit bonus mereka. Contoh macam Sal, dapat bonus dari Shaklee dan Sal sumbangkan ke mana-mana badan Islam yang Sal suka....itu hak Sal...tak ada kena mengena dengan Shaklee.

Kalau nak tahu dalam website dia tu, ada beberapa logo lain termasuk lah logo Shaklee. Kalau kita klik logo tu, kita akan dibawa ke link website peribadi si Keneseth ni...kalau kita ada buat pembelian dari website dia tu, dia akan dapat point / UV...dalam website tu juga ada tulis:

"When you go to pay for the products it will say you can join or pay as a guest. If you join, you get the products at a discount. Regardless Keneseth receives a percentage based on the total sale"

Di US, Shaklee menggunakan sistem online, affiliate link..jadi semua distributor Shaklee di US akan ada website dengan domain **.myshaklee.com. Ini adalah 'affiliate link' di mana marketing menggunakan kaedah ini membolehkan pemilik memperolehi UV/point dari pembelian orang melalui link tu...so sekarang ni, bila kita klik link tu dan beli melalui affiliate link Keneseth tu, Keneseth akan dapat UV, dan dia yang akan bagi hasil jualan dia tu ke Israel, bukan Shaklee.

Kesimpulannya, memang Shaklee tiada kaitan dengan Israel dan Shaklee tidak langsung menyumbang ke Israel. Kalau tengok list boikot tu kan mana ada logo Shaklee. Kalau anda nak tahu senarai boikot yang terkini, boleh klik kat sini. Keuntungan Shaklee hanya digunakan untuk buat kajian demi kajian bagi tingkatkan lagi kualiti produk-produk dia...lepas tu digunakan untuk bayar bonus kami sebagai distributornya. Dah dapat bonus, pandai2 la kita buat peruntukan untuk mana2 badan amal atau Islam yang kita suka....terpulang :)

Harapnya lepas ni dah tak ada yang keliru atau sebarkan berita yang TAK BENAR ok....sebelum share, selidik dulu....tak baik menabur fitnah...lebih2 lagi bulan puasa ni....bagi yang beragama Islam, manfaatkan kesempatan bulan ni yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk tingkatkan amalan kita....semoga mendapat rahmat dan keberkatan Allah jua...insyaAllah



2 comments:

rokiah said...

Alhamdulillah..syukur shaklee tak terlibat.. mari kita sama-sama kumpul dana untuk rakyat Gaza

Anonymous said...

Salam...
Sekadar tuk share.. setahu saya...jew x makan soy based product... slain tu....doc yg saye jmpe pun pesan jgn amik soy based product sbb die akan cantikan kulit n ++ tp tidak rahim kita n sperm tuk lelaki .. samada SID generally in denial sbb da dpt banyak income monthly so x dpt nk terima ttg ni atau sebaliknya..Wallahua'lam. .saya rasa..baik kaji betul2 memandangkan ni produk dr SANA.. macam2 di plan tuk rosakkan umat Islam

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi