Tuesday, 10 January 2017

Rahsia Kulit Sihat dan Cantik dengan Homemade Soap

Posted by Unknown at 08:54 0 comments
CherryBeauty Soap merupakan antara produk utama dan juga pertama keluaran FreshPicks. 

Minggu pertama CherryBeauty Soap ni dijual pun, kami dah dapat banyak feedback positif dari pengguna sabun homemade ni.


Kulit makin lembut, bangun tidur kulit dah tak berminyak, masalah kulit kering setel, jerawat dah kurang, parut makin pudar, kulit lebih cerah (tona sekata) dan paling best ada yang bagi feedback biji kolestrol kat area mata dah hilang lepas gunakan CherryBeauty Soap ni!

Ha, tak caya ye? Meh tengok antara testimoni yang kami ada:






Ini cuma sebahagian je tau ;). 

InshaAllah nanti Sal akan buat entry khas untuk testimoni je. 

Ok, anda nak tahu tak, kenapa ramai sangat yang bagi feedback magik selepas gunakan CherryBeauty Soap ni? 

Rahsianya... sebab ia kaya dengan coconut oil, palm oil, dan olive oil :)

Kebaikan COCONUT OIL (minyak kelapa) Untuk Kecantikan

Minyak kelapa sudah lama terkenal dan digunakan untuk membantu merawat masalah kulit. Minyak ini juga merupakan salah satu pelembab yang cukup baik untuk membantu masalah pelbagai jenis kulit, terutama untuk kulit kering. 

Berikut adalah beberapa fungsi minyak kelapa dalam membantu merawat kulit.
✔ Melembabkan kulit kering
✔ Menghalang infeksi kulit (psoriasis, eczema dan jangkitan kulit seumpamanya)
✔ Mencegah pengelupasan kulit
✔ Mencegah munculnya kaedutan pada kulit (antiaging)
✔ Menganjalkan kulit
.
Khasiat minyak kelapa untuk kulit banyak dimanfaatkan oleh pelbagai produk kecantikan seperti sabun, krim, dan lotion. 

Kebaikan PALM OIL dalam Kecantikan

❤ Menghalang penuaan kulit (antiaging)
sebab ada vitamin E yang mengandungi anti oksidan tinggi membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
❤ Membersih dan melembapkan kulit. 

Selain itu, Palm Oil juga ada digunakan dalam pembuatan syampu. 

Fungsinya dalam syampu dan sabun adalah untuk menghilangkan minyak berlebihan pada kulit dan rambut.
Palm Oil juga berperana dalam membantu menyihatkan rambut serta boleh melawan kanser kulit.

Kebaikan OLIVE OIL
✔ Kandungan vitamin E membantu untuk merawat kulit
✔ Melembapkan kulit
✔ Melambatkan penuaan
✔ Membantu menghilangkan jerawat
✔ Membantu untuk mengawal muka dari berminyak. 

Selain 3 bahan utama ni, CherryBeauty Soap juga ada tambahan Lime Oil, Argan Oil, ekstrak aloevera, ekstrak timun dan ekstrak betik menjadikan CHERRYBEAUTYSOAP - handmade soap ni saaangattt bestttt! 

NO ALCOHOL USED, NO ANIMAL FAT, NO SLS dan juga TIADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA.

Ianya diadun dengan penuh kasih sayang serta dihasilkan daripada ramuan berkualiti tinggi.

Kami hanya pastikan yang terbaik untuk anda.

Sal bukan overclaim tau tapi sebab bila kami happy dengan produk kami, kami harap kami dapat menawarkan yang terbaik untuk anda semua :)

Nak cuba satu? 

Whatsapp Sal direct ya 013-7144847 untuk konsultansi.

Wednesday, 21 December 2016

Masa Terbaik Pengambilan Shaklee Collagen Powder

Posted by Unknown at 08:07 0 comments

Bila sebenarnya masa terbaik nak telan Collagen Powder Shaklee ni ya?

Yelah,bila kita consume produk yang berkualiti tinggi seperti Shaklee Collagen Powder ni mesti kita nak consume dengan cara terbaik kan, baru lah dapat kesan terbaik, betul ke betul? :)

Jadi, masa terbaik adalah ketika waktu perut kosong iaitu selepas bangun tido atau kalau kita bangun time tahajud sampai subuh tu, ha elok la ambil satu sachet SCP ni.

Ini kerana waktu perut kosong, collagen mudah diserap dengan lebih sempurna!

Selamat merasai perbezaannya ya.

Whatsapp Sal untuk konsultansi :)
013 7144847

Monday, 5 December 2016

Tips Menghilangkan Sunburn di Wajah

Posted by Unknown at 08:45 0 comments
Pernah ke anda mengalami masalah kulit sunburn?

Mesti risau tahap tak tahu nak cakap apa kan bila kulit mula sunburn. Oh tidakkkk!!

Sebenarnya, sunburn tu apa ye?

Sunburn berlaku apabila kulit terdedah dengan cahaya matahari secara langsung melebihi 30minit.

Orang yang berkulit cerah yang mempunyai kandungan melanin yang rendah akan lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap. Selain itu, kanak kanak dan orang dewasa yang memiliki kulit sensitif juga akan mudah terkena sunburn.

Jadi, bagaimana nak elak daripada terkena sunburn ni?
- Anda harus menghindari sinaran matahari di antara jam 10 pagi hingga 3 petang kerana waktu inilah radiasi ungu sangat kuat.

- Jika anda harus melakukan aktiviti luar rumah, anda harus menggunakan losyen penghalang / penapis cahaya (sunblock/sunscreen)

Apa beza sunblock dengan sunscreen ?
- Sunblock menghalang cahaya matahari dari memantulkan radiasi ultra ungu namun ia hanya berfungsi dengan melindungi luaran kulit. Ia sesuai digunakan oleh orang yang berkulit sensitif.

- Sunscreen pula bertindak meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA) yang boleh merosakkan kulit dengan lebih teruk berbanding UVB. Ia tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Jadi, Sal akan kongsikan cara dan tips bagaimana untuk merawat sunburn.

1) Gunakan losyen yang mengandungi aloe vera. Aloe vera dapat membantu menghasilkan sel kulit baru.

2) Yogurt yang tidak bercampur apa apa perisa (plaint yogurt) boleh melembabkan kulit yang terkena sunburn. Yogurt boleh dijadiknan sebagai masker.

3) Menggunakan teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan. Setelah cuci bersih wajah, sapu serbuk teh di seluruh wajah anda dan biarkan kering seketika dan bilas. Lakukannya selalu.

4) Timun batang
- Potong timun secara bulat. Setelah cuci muka dengan bersih, letakkan timun di seluruh wajah anda. Biarkan kering dan kemudian bilas.

5) Potato
- Lumatkan potato dan lumur di wajah yang bersih. Biarkan kering dan kemudian bilas.

Selamat mencuba :)

Collagen Powder Shaklee - Kolagen Terbaik di Pasaran

Posted by Unknown at 08:25 0 comments
Assalamualaikum semua & Selamat Pagi :)

Semoga anda semua sihat hendaknya ye. Musim hujan yang tak menentu sekarang ni ramai yang mudah terkena penyakit.

Jadi, ikhtiar kita untuk sama-sama menjaga kesihatan terutamanya anak-anak kecik yang mudah diserang demam dan selsema.

Ok, pagi ni Sal cuma nak war-war kan tentang promosi Disember Shaklee. Tak lain tak bukan ialah Collagen Powder Shaklee.
Shaklee Collagen Powder ni merupakan sejenis kolagen yang powerful, dihasilkan daripada sisik ikan merah dari laut dalam yang jauh dari pencemaran. Ia mempunyai daya serapan yang tinggi jadi bermakna kolagen ni sangat mudah larut dan mudah diserap oleh tubuh.

Selain tu, ada 6 lagi ramuan utama yang masing-masing mempunyai fungsinya yang sangat-sangat bagus.
Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas :)

Collagen Powder ni adalah antara produk Shaklee yang paling cepat memberi kesan. Shaklee dah claim yang penggunaan SCP ni selama 8 minggu secara berterusan mampu memperbaiki testur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.


Bulan ni Shaklee offer beli 7 kotak Collagen Powder dengan harga 6 kotak sahaja! Anda jimat RM298.

Atau pun beli 2 kotak dapat 5% diskaun. Anda jimat RM29.8. Menarik kan?

Bukan tu sahaja, jika anda buat pembelian 6 kotak Collagen Powder ni, bukan sahaja dapat PERCUMA 1 kotak Collagen Powder, tapi anda juga layak dapat KEAHLIAN PERCUMA.

Secara automatik, anda dapat beli 6 kotak tu dengan HARGA AHLI, dan anda juga layak untuk dapat cashback sehingga RM150++. Shaklee akan terus masukkan ke acc bank yang anda daftarkan ketika pendaftaran ahli.

Jadi, jika anda berminat untuk dapatkan tawaran istimewa Shaklee Collagen Powder ni, boleh hubungi Sal ye. InshaAllah Sal akan cuba memberikan KONSULTANSI TERBAIK untuk anda :)

----
Untuk Info & Order:

Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com

SMS/Whatsapp: 013-7144847

Wednesday, 30 November 2016

Apa itu Carrier Oils (Minyak Pembawa)?

Posted by Unknown at 09:24 0 comments
Carrier oil (minyak pembawa) merupakan minyak yang digunakan sebagai based atau asas kepada penghasilan sesuatu produk tanpa melibatkan bahan kimia yang lain.

Senang cerita, nak buat sebarang produk skincare, lipcare atau bodycare secara homemade, natural dan semulajadi, Carrier Oil ini akan digunakan sebagai bahan asas.

Carrier Oil yang baik adalah yang pure, dihasilkan dari sistem pertanian organik dan diolah secara organik agar kualitinya terjaga.
Carrier Oil yang terbaik juga mestilah yang diperoleh dengan kaedah coldpress dan unrefined agar segala khasiat yang terkandung di dalamnya masih kekal.

Terdapat pelbagai jenis carrier oil yang sering digunakan samada untuk aromatherapy atau pun digunakan untuk menghasilkan produk-produk kecantikan.

Minyak yang sumbernya dari kekacang atau nuts oil adalah lebih pekat dan berminyak daripada jenis carrier oil yang lain dan lebih sesuai digunakan untuk kulit jenis kering kecuali minyak yang sumbernya dari kacang sweet almond dan hazelnut memiliki tekstur yang lebih ringan dan mudah diserap oleh kulit. Oleh sebab itu, minyak dari dua sumber ini sering digunakan dalam produk-produk kecantikan.

Jadi, kalau anda jenis yang ada alergik pada sumber kekacang, anda lebih perlu berhati-hati ketika menggunakan Carrier Oil dari sumber tersebut.

Berikut adalah jenis-jenis carrier oil yang sering digunakan.

1. Apricot Kernel
Minyak yang ringan, mudah menyerap ke lapisan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kaya dengan kandungan vitamin A yang dapat meningkatkan penghasilan kolagen.

2. Argan
Minyak yang kaya dengan vitamin E dan juga kaya dengan antioksidan. Ianya sanagat bermanfaat untuk membekalkan nutrisi, memperbaharui dan membaiki kulit. Minyak argan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.

3. Avocado
Minyak yang kaya dengan Vitamin A, B,D dan E serta sangat berkhasiat untuk kulit kering.

4. Evening Primrose
Minyak yang sangat baik untuk anti penuaan. Ianya kaya dengan kandungan antioksidan yang melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Penggunaannya secara konsisten pada kulit boleh membantu melambatkan proses penuaan pada kulit. Kaya dengan GLA (Gamma Linolenic Acid) yang berperanan penting dalam melembapkan dan menganjalkan kulit. Ia juga berfungsi untuk mengurangkan masalah iritasi pada kulit dan melindungi kulit terhadap pencemaran persekitaran.

5. Grapeseed

Minyak yang ringan dan memiliki kandungan protein serta antioksidan yang tinggi. Ianya juga sangat bermanfaat untuk membantu melawan proses penuaan. Minyak ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

6. Hazelnut
Minyak yang menenangkan dan melembutkan, mempunyai daya serapan yang tinggi pada kulit, tidak berminyak serta mempunyai aroma lazat kacang hazelnut panggang menjadikan ianya sangat terkenal sebagai minyak urut aromatherapy. Minyak ini juga sesuai untuk jenis kulit kombinasi dan berminyak.

7. Jojoba

Minyak yang ringan, dapat memperbaharui kulit serta mengurangkan iritasi dan radang kulit.

8. Macadamia
Kaya dengan kandungan vitamin A, E dan F, minyak yang sangat baik untuk kulit kering dan memperbaharui kulit matang dan ada tanda-tanda penuaan.

9. Olive (zaitun)
Buah zaitun kaya dengan antioksidan, melindungi kulit daripada kesan berbahaya akibat radikal bebas dan mencegah tanda penuaan. Kaya dengan kandungan emolien dan memelihara kulit secara mendalam serta melembapkan kulit secara semulajadi. Mengurangkan masalah iritasi kulit serta sangat lembut untuk kulit sensitif, eczema, psoriasis, kurap, kulit bayi, kulit dewasa, iritasi, dan sesuai juga untuk jenis kulit kombinasi kering-normal. Teksturnya berat dan sedikit melekit. Sangat sesuai untuk merawat masalah kulit, tangan, bibir dan rambut.

10. Passion fruit
Minyak eksotik yang terkenal dengan kandungan bioflavonoid yang kaya dan omega-6, anti-radikal bebas sehingga dapat melindungi kulit dari tanda penuaan. Dapat memperbaharui, memulihkan lapisan lipid, melindungi kulit dari dehidrasi, serta memelihara kulit dan rambut yang halus dan kering tanpa meninggalkan rasa melekit. Mencegah munculnya garis-garis halus dan kedutan. Aromanya lembut dan segar. Sesuai untuk merawat kulit kering, terlampau kering, kulit dewasa, dan kulit dehidrasi.

11. Peach Kernel
Kaya dengan kandungan vitamin A dan digunakan untuk merawat kulit kering, kulit rosak akibat sinaran matahari dan masalah stretch mark.

12. Rosehip Seed
Minyak yang sangat sesuai untuk kulit lebih awet muda dan glowing. Sangat kaya dengan kandungan asid lemak tak tepu dan vitamin E untuk memperbaharui sel kulit sehingga sangat efektif untuk anti penuaan, merawat kulit kering, eczema, dan parut. 

13. Safflower
Sesuai untuk semua jenis kulit, mengandungi vitamin, mineral dan protein.

14. Shea Butter
Shea butter merupakan jenis carrier oil yang mempunyai pelbagai fungsi kerana sangat bagus untuk digunakan sebagai pelembab dari hujung rambut hingga hujung kaki. Shea butter berfungsi melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari kerana adanya karotene, vitamin A dan terpene alcohol yang dapat meningkatkan fungsi pelindung sinaran uv. Shea butter juga bersifat anti-inflamasi dan mengurangkan iritasi. Shea mampu melembabkan dan memelihara lapisan kulit dari dalam, memperbaharui, memulihkan jaringan dan mengembalikan keanjalan kulit. Shea sesuai untuk semua jenis kulit, membantu masalah kulit seperti jerawat, iritasi, ekzema, kulit dehidrasi, dan sangat bagus diamalkan oleh ibu hamil untuk mencegah stretchmark dan bayi untuk mencegah ruam. Teksturnya mudah diserap oleh kulit dan dapat memberikan kelembapan maksimum membuatkan shea butter sering digunakan sebagai bahan utama produk kecantikan kulit dan rambut.

15. Soya Bean
Minyak ringan yang merawat kulit berminyak dan mengandungi vitamin dan mineral.

16. Sweet Almond
Sangat bagus untuk kulit kering dan membantu mengurangkan rasa gatal dan kulit keradangan, sesuai untuk penanggal mekap secara natural dan sangat baik untuk menjaga kesihatan kuku. Teksturnya ringan dan sangat mudah meresap.

Sumber Sal rujuk di sini

Di FreshPicks, kami juga menggunakan beberapa carrier oil sebagai ramuan premium utama dalam produk-produk kami, antaranya:

Coconut oil 
- MILXO (Sabun susu kambing)
- Irresistible Lip Treatment / Color (ILC)
- HoneyFrencht Organic Lip Scrub
- Refreshing Deodorant
- Marvell Bodysoap
- CoffeeVanilla Body Scrub
- Bodywash (Liquid)
- Shampoo Bar
- Cabello (Hair Care Pomade)
- Organic Baby Oil with Lavender

Palm oil 

- Bodywash
- Marvell Bodysoap
- MILXO (Sabun susu kambing)

Olive oil 

- Criansa Soap
- MILXO (Sabun susu kambing)
- Chocoffee Face Mask / Scrub 2 in 1
- Marvell Bodysoap
- CoffeeVanilla Body Scrub
- Organic Body Lotion
- Bodywash
- Organic Baby Oil with Lavender

Apricot kernel oil
- Organic Baby Oil with Lavender
- Organic Body Lotion
- Arganne Face Oil Complex
- Ultra-moisturizer
- Criansa Soap

Sweet almond oil

- Ultra-moisturizer
- HoneyFrencht Organic Lip Scrub
- Cabello (Hair Care Pomade)

Jojoba Oil

- Cabello (Hair Care Pomade)
- Irresistible Lip Treatment / Color (ILC)
- Arganne Face Oil Complex
- Ultra-moisturizer

Rosehip seed oil

- Arganne Face Oil Complex

Castor Oil

- Solid Perfume
- CoffeeVanilla Body Scrub

Avocado Oil

- Lipbalm for Drylips

Kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk-produk FreshPicks yang super awesome ni, boleh hubungi Sal seperti details di bawah ye :)

----
Untuk Info & Order:

Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi