Monday 21 November 2016

Maksud dan Fungsi Hyaluronic Acid

Posted by Unknown at 09:29







Asid hyaluronik / Hyaluronic Acid (HA) merupakan salah satu trend terkini dalam dunia kecantikan. 

Jika anda adalah salah seorang yang mengikuti dunia kecantikan semasa, nama HA sudah tidak asing lagi. Kebanyakan produk kecantikan yang terkenal akan menggunakan HA dalam produk kecantikan mereka. 

Hyaluronic Acid ini dikatakan sangat berperanan dalam fungsi untuk melembapkan kulit dan juga merupakan salah satu agen anti penuaan yang terbaik. 

Secara puratanya, badan manusia mengandungi 15g HA dan berada di hampir setiap bahagian tubuh.
Tapi, apakah sebenarnya Hyaluronic Acid ni ya? 

HA ni sebenarnya merupakan kandungan semulajadi yang sudah sedia ada dalam badan manusia. Ianya adalah molekul pegangan air seperti gel yang mengisi ruang dan berperanan sebagai agen kusyen sendi dan saraf dalam tubuh manusia. 

Fungsinya yang berupaya memerangkap kelembapan membantu menghidratkan kulit dan rambut. Jadi dengan ada nya HA ini, kulit akan jadi lebih lembut dan kenyal kerana ia juga berupaya meningkatkan pengeluaran kolagen. 

Selain itu, HA juga berperanan sebagai anti oksida yang mampu melawan radikal bebas. 


Namun, seiring dengan pertambahan usia, kulit akan menjadi semakin lemah dalam menghasilkan HA sehingga menyebabkan kolagen tidak dapat lagi dihasilkan. Inilah punca berlakunya tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus dan kulit kering. 

Sebagai alternatif kepada keadaan ini, tidak hairanlah apabila kebanyakan produk kecantikan menghasilkan produk yang mengandungi HA bagi mengekalkan kelembapan kulit dan untuk kekal awet muda. 

Bagi yang alah dengan produk yang mengandungi kolagen, anda juga boleh menggunakan produk yang mengandungi HA sebagai alternatif. 

FreshPicks juga menggunakan Hyaluronic Acid bersama dengan Vitamin C dalam menghasilkan face serum nya yang terbaru. 

Gabungan kedua bahan ini sangat-sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit, anti oksidan dan mengurangkan kedutan. 


Certified dari Pembekal HA kami - hanya menggunakan sumber dari Vegan Source

----
Untuk Info & Order:

Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi