Wednesday 30 November 2016

Krisis Pemulihan Selepas Gunakan Skincare Natural dan Organik

Posted by Unknown at 02:00
Gambar Hiasan: Credit Google
Rasanya ramai yang dah mula timbul kesedaran untuk bertukar kepada skincare natural sekarang ni. Betul kan?

Anda yang baca entry ni pun adalah salah seorang dari mereka :)

Tapi, kebanyakan yang bertukar daripada produk skincare biasa di pasaran kepada skincare natural dan organik ni akan mengalami krisis pemulihan.

Krisis pemulihan ni merupakan proses biasa yang akan dihadapi apabila kulit mula mengalami beberapa fasa dalam proses pemulihan kesan penggunaan skincare terdahulu.

Antaranya ada yang mengalami gatal-gatal, naik ruam, jerawat, jeragat, muka bertambah gelap dan sebagainya.

Terdapat 3 fasa yang mungkin berlaku selepas anda bertukar ke skincare natural dan organik.

Fasa 1: Detox
Fasa 2: Pemulihan
Fasa 3: Pemeliharaan

Tempoh masa untuk setiap fasa ni mungkin berbeza mengikut:

1. Jenis kulit
Untuk jenis kulit normal dan biasanya tak ada masalah kulit, biasanya sekejap saja masa yang diperlukan untuk nampak perubahan.

2. Masalah kulit
Jika kulit anda jenis ada banyak masalah seperti jeragat lama, jerawat penuh dan berminyak teruk mungkin tempoh untuk ketiga fasa di atas akan lebih lama.

Adakalanya kita nampak seperti tiada apa pada kulit tapi sebenarnya kita ada masalah resdung dan resdung tu tak pernah keluar melalui jerawat sebelum ini.

Jadi, kita akan rasa yang kita tak ada masalah kulit sebelum ni tapi bila pakai skincare natural ni, kulit akan rasa gatal atau keluar jerawat yang banyak. Ini bermakna kulit kita sedang mengalami proses detox iaitu proses pembuangan toksin.

3. Sejarah kulit
Mungkin sebelum ini kita selalu bertukar-tukar skincare, atau banyak menggunakan make up atau juga banyak menggunakan krim steroid.
Jadi, kulit kita memang perlukan masa untuk menghilangkan kesan-kesan bahan kimia yang kita pernah gunakan sebelum ini.

4. Kaedah penjagaan kulit sebelum ini
Contohnya untuk kes jeragat dan anda sebelum ni memang tak pernah guna sebarang UV protection. Wajah kita dah terlalu lama terdedah pada sinaran uv tanpa sebarang perlindungan, jadi proses untuk setiap fasa ini akan mengambil sedikit masa.

5. Tahap konsistensi pemakaian produk organik itu sendiri
Kebiasaannya anda akan tersenyum lebar selepas menggunakan produk natural ni secara KONSISTEN dan tanpa campuran produk bahan kimia lain

Apabila anda KONSISTEN DENGAN PRODUK PENJAGAAN ORGANIK, inshaAllah anda akan dapat kesan dan hasil yang memuaskan, ditambah pula dengan bahannya yang selamat dan semulajadi.

Natural Beauty Face (credit Google)

Ok, dah last ni Sal nak bagitau yang ini adalah peringatan kasih sayang tau ;)
Kalau nak kulit sihat secara semulajadi, anda perlu tanamkan dalam diri yang anda perlu
SABAR
.
.
SABAR
.
.
dan
.
.
SABAR.

Semoga bermanfaat ye :)

SAL,
013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi