Showing posts with label Enfuselle. Show all posts
Showing posts with label Enfuselle. Show all posts

Wednesday, 22 January 2014

Enfuselle ~ Penjagaan Kulit Untuk Kulit Kering dan Kulit Berminyak

Posted by Unknown at 15:56 0 comments
Sekarang ni, ramai yang mula berminat nak cuba skin care Shaklee..tapi yg mane satu?? Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yang betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit yer...

Hari tu, Sal dah pernah share tentang set penjagaan kulit Nutriwhite...baca kat link ni.

Hari ni, Sal nak share pula tentang set penjagaan kulit Enfuselle. 

SKIN CARE ENFUSELLE ni sesuai untuk individu yang berumur 25 ke atas atau yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, ada 2 kategori produk Enfuselles iaitu Normal to Dry Skin dan Normal to Oily Skin.

Jadi, kena pastikan anda betul2 tahu kulit anda jenis yang macamana sebelum decide nak cuba ok :)

Normal to Dry Skin : sesuai utk mereka yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif



1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Hydrating Toner:
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
  • Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Normal to Oily Skin - sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif



1) Purifying Cleansing Gel:
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner:
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
Terbukti secara klinikal:
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
  • Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Sumber: Shaklee Malaysia

-----
Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

Sunday, 23 June 2013

Apa itu SLS?

Posted by Unknown at 08:03 0 comments
Pernahkah anda mendengar perkataan Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl Sulfoacetate?

Ketiga-tiga ini apabila namanya disingkatkan dipanggil SLS...tahukah anda di mana biasanya kita menjumpai bahan-bahan ini? Ya, di dalam produk penjagaan diri yang kita gunakan sehari-hari. Bahan-bahan ini digunakan dalam mandian, sabun basuh, syampu, pencuci muka, ubat gigi, pencuci kereta dan lain-lain bagi menghasilkan buih.

Tetapi, tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

Kedua-dua bahan ini merupakan bahan kimia yang terbukti secara klinikal boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit. Namun, kita perasan tak yang penggunaannya masih meluas walaupun dah terbukti ianya tidak selamat? Sebab kos dan harganya MURAH.

Bagi memastikan orang-orang biasa dan kebanyakan macam kita ni pun mampu untuk bersabun, bersyampu, menggunakan pencuci muka dan sebagainya, bahan sintetik ini digunakan kerana kosnya yang jauh lebih murah berbanding produk-produk organik dan semulajadi.

Jika anda semua perasan, kenapa produk-produk organik dan semulajadi harganya MAHAL? Sebab kos pembuatannya juga MAHAL kerana ia dihasilkan daripada bahan organik dan bukannya menggunakan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan sintetik.

Apakah kesannya jika kita menggunakan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?

Kesan paling ketara ialah iritasi kulit terutamanya pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS bekerja membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. 

Jika anda perasan, selepas kita bersabun atau menggunakan pencuci muka, kulit akan rasa tegang je...sebabnya minyak semulajadi kulit kita dah dihakis. Jika anda menggunakan pencuci muka yang boleh menghasilkan buih yang banyak, anda akan perasan kulit akan jadi makin kering dan kusam.

Selain tu, SLS juga boleh memberi kesan kepada mata sebab itu apabila sabun terkena mata, kita akan rasa pedih. Ianya boleh memberi kesan jangkamasa panjang iaitu masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.

Anda juga perlu tahu yang SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser...

Apa pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?

Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate lebih selamat kerana bahan semulajadi digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Jadi adalah penting untuk anda menyemak kandungan bahan-bahan produk penjagaan diri yang anda gunakan. Kalau boleh, elakkan produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate tetapi pilihlah produk yang mengandungi Sodium Lauryl Sulfoacetate. 

Berhati-hatilah memilih produk kerana ianya akan memberikan kesan jangkamasa panjang. Walaupun hari ni, kesannya masih tidak kelihatan, jangan sampai anda menghidap ekzema dan mengalami masalah keguguran rambut yang kronik baru anda hendak bertindak untuk merawat. Sesungguhnya mencegah lebih baik dari mengubati.

Sal pilih yang semulajadi, semestinya Shaklee....produk penjagaan diri seperti Syampu dan Perapi ProSante, penjagaan kulit NutriWhite dan Enfuselle bebas Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate...

Rangkaian penjagaan rambut ProSante

Rangkaian Penjagaan Kulit Enfuselle

Rangkaian Penjagaan Kulit NutriWhite

----

Untuk Info & Order:


Salasiah Salleh
Shaklee Independent Distributor (ID: 906874)
Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi