Friday 14 October 2016

Krisis Pemulihan (Healing Crisis)

Posted by Unknown at 11:35
Hari ini Sal nak share tentang apa yang orang selalu sebut sebagai healing crisis atau krisis pemulihan.

Pernah ke anda mengalami keadaan kulit yang lebih teruk dari sebelumnya selepas menggunakan skincare yang natural atau organik?


Apabila kita bertukar dari skincare yang mengandungi banyak bahan kimia kepada skincare yang berasaskan bahan natural dan organik, atau baru mencuba untuk mengamalkan supplement, kulit dan tubuh kita berkemungkinan akan mengalami krisis pemulihan.

Jom kita baca apa itu proses healing crisis

Sumber: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity


  • Apakah maksud Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana wajah seseorang melalui proses pembersihan dan pembinaan semula.
Sebahagian daripada proses pemulihan ini ialah kulit wajah seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam wajah selama bertahun-tahun.
Semasa proses penyingkiran toksik, wajah akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini dipanggil sebagai krisis pemulihan.
Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.

  • Mengapa boleh terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) setelah menggunakan Skincare Organik?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam atau jerawat di wajah. Ini adalah tanda-tanda wajah sedang melalui detoksifikasi.

Bayangkan jika wajah anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip.

Pada permulaannya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkan, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.

  • Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) suatu petanda yang baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan.
Sesetengah orang mungkin fikir bahawa wajah mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

  • Adakah semua orang mengalami tanda-tanda dan gejala yang sama semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza.
Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan skincare, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan.
Tahap keseriusan juga berbeza.
Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.

  • Secara umumnya, berapa lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) akan terjadi?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.

  • Kebanyakan orang berasa lebih baik selepas mengamalkan supplement atau produk yang berasaskan bahan natural dan organik, tetapi kenapa selepas saya mengamalkan pengambilannya, tiada perbezaan yang saya rasa?

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement atau penggunaan produk, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti kulit semakin bersih, kulit lebih lembab, dll.)

Namun, jika anda tidak perasan akan sebarang perubahan, berkemungkinan:
1. Anda tidak mengambilnya dengan konsisten
2. Anda tidak mengamalkan seperti yang disyorkan
3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus.
4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih
6. Keadaan tubuh yang kronik

Semoga perkongsian Sal ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi