Wednesday 27 August 2014

Tanda Tanda Hampir Nak Bersalin

Posted by Unknown at 17:30
Minggu ni dah masuk minggu ke 37....dup dap dup dap dah ni....kalau ikut Humaira dulu...hujung minggu ke 37 dah selamat keluar tanda dah...pecah air ketuban...hehehe

Esok pagi nya selamat dipotong perutku sebab Humaira songsang so memang tak berani nak normal lebih2 lagi anak sulong.

Sebut pasal tanda nak bersalin ni, hari ini Sal nak berkongsi tentang 8 tanda yg ibu-ibu perlu "alert" terutamanya di hujung-hujung kehamilan ni...jika adanya tanda-tanda ini, maknanya dah tak lama dah tu nak tengok wajah kesayangan kita dalam kandungan tu....just be ready ya ibu-ibu untuk segera ke hospital.

Satu lagi, pastikan beg ibu dan baby dah siap sedia ye dalam kereta. Yang ni memang Sal dah lama buat...barang-barang ummi dan baby dah siap dalam kereta. (Sekarang ni dah nak masuk 38 minggu so memang dah kena ready bila2 je...Waktu Humaira dulu tepat 38 minggu dia keluar)

Ok...berbalik pada topik kita, apakah 8 tanda-tanda yang menunjukkan kita hampir bersalin??

1. Engaged (Baby sudah masuk laluan)

Apabila kita pergi checkup, gynae akan bagitau samada baby dah engaged atau belum (biasanya untuk anak pertama, perkara ni akan dititikberatkan dan anak pertama biasanya akan engaged 2-4 minggu sebelum EDD). Macamana nak tau? Biasanya ibu-ibu akan rasa bahagian atas perut dah kosong dan bahagian bawah jadi semakin berat. (Masa Humaira dulu tak pernah rasa macam ni sebab dia songsang...yang sekarang ni dah start rasa bahagian bawah semakin berat, kepala pun dah tak floating cuma gynae tak cakap la pulak dia dah engaged ke belum)

2. Kerap Buang Air Kencing


Apabila baby dah masuk laluan, kepala baby sebenarnya sangat hampir dengan pundi kencing kita dan akan menekan pundi kencing. (Yang ni tak berapa pasti sebab Sal memang jenis kerap buang air sebab minum air banyak....tapi tiap2 malam memang confirm bangun ke bilik air)

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah

Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk bersedia bagi proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi ini tidak sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika proses kelahiran nanti. Apabila kontraksi ni terjadi, ibu-ibu boleh la mengurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau cuba berbaring.

5. Cirit-Birit

Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan pada abdomen. Hormon kelahiran ini juga boleh membuatkan ibu-ibu merasa loya.

6. Keputihan

Terdapat lendir dan lelehan pekat seakan-akan keputihan. Masalah ini adalah disebabkan lelehan lendir dari saluran kemaluan akibat dari hormon ketika hamil. Ibu-ibu akan mengalami masalah keputihan ini lebih dari biasa. Jangkitan kuman pada kemaluan ketika hamil boleh menyebabkan keputihan disertai rasa gatal dan lendir yang berbau. Walau bagaimanapun, ibu-ibu hamil tidak perlu risau kerana masalah ini akan berakhir setelah proses kelahiran dan tidak semua ibu hamil akan mengalami masalah tersebut. Ibu-ibu yang mengalami keputihan teruk ini boleh la berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Bloody show)

Kepala baby yang turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini berfungsi menghalang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby.

8. Pecah Ketuban

Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi ibu-ibu yang telah pecah ketuban, jangan tangguh-tangguh untuk ke hospital ye lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan. (Waktu Humaira dulu, inilah dia tandanya yang Sal dapat...tengah2 syok tidur, rasa panas je keluar air. Terus siap2 ke hospital. Tak sempat book tarikh untuk czer....terus emergency czer...alhamdulillah semuanya selamat)
Semoga apa yang Sal kongsikan ni boleh membantu ibu-ibu kat luar sana yang tengah tunggu hari macam Sal ni....Kalau ada rasa sebarang tanda atau ketidakselesaan tu, cepat-cepat ke hospital ye terutamanya bagi yang pecah air ketuban sebab kalau air ketuban dah kering boleh menyebabkan bahawa pada baby.
Doakan Sal selamat melahirkan anak kedua ni...dan kalau boleh memang nak VBAC (vaginal birth after cesarean) la kan....tapi apa2 pun semuanya ketentuan Allah...semoga Sal dapat rasakan sendiri sakit untuk melahirkan permata hati kami nanti :)

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi