Tuesday 27 August 2013

Advanced Joint Health Tablet Shaklee Untuk Sendi Yang Sihat

Posted by Unknown at 06:12
Advanced Joint Health Tablet Shaklee (AJHT) mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari* - hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka!


Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:
  • Menggalakkan mobiliti*
  • Meningkatkan fleksibiliti*
  • Meningkatkan fungsi sendi*
  • Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang*

AJHT merangkumi kombinasi nutrien kesihatan-sendi yang direka khas: zinc, kuprum, manganese, dan Vitamin C yang setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat*

Tidak seperti kebanyakan supplement kesihatan sendi, AJHT tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal yang menghalang penyerapan glukosamin.

AJHT adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian - tidak mengandungi sumber haiwan.

Apakah perbezaan di antara sendi yang sihat dan sendi yang stress? Jom kita baca!


Sendi Yang Stress

Kesan stress berterusan, kerja terlalu kuat, haus dan lusuh pada sendi:
  1. Rawan menjadi lemah dan rapuh
  2. Tisu penghubung sekeliling terurai
  3. Geseran berlaku di antara tulang-tulang, yang mengeluarkan kimia yang menyerang rawan, menyebabkan ketidakselesaan dan mobiliti yang terhad.
Sendi Yang Sihat

AJHT membantu sendi sihat dalam 3 cara:
  1. Meningkatkan kesan kusyen: Glukosamin membantu memelihara rawan - kesan kusyen memberi perlindungan di antara sendi yang membolehkan mereka bergerak lebih bebas*
  2. Memelihara tisu penghubung yang sihat: zink, kuprum, manganese dan vitamin C membantu membina kolagen dan lain-lain komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi*
  3. Meningkatkan keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia pantas membantutkan mekanisma respons stress tubuh untuk memperbaiki keselesaan sendi*

Boswellia dan Bahan Utama Yang Lain

Ekstrak Boswellia


Ekstrak Boswellia diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata. Ekstrak botanikal ini mengandungi asid boswellik yang menghalang formasi leukotrien, kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak proprietary Boswellia yang digunakan di dalam AJHT mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA (3-acetyl-11- keto-beta-boswellic acid), satu asid boswellik, dan lain2 konstituen Boswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih unggul dari hanya AKBA.

Dalam kajian klinikal terbaru, peserta yang mengambil ekstrak Boswellia di dalam AJHT melaporkan keselesaan sendi yang lebih baik, pergerakan lebih mudah, dan kemampuan yang lebih untuk melakukan aktiviti harian, berbanding dengan mereka yang mengambil suatu lagi jenis ekstrak Boswellia yang mengandungi tahap AKBA yang lebih tinggi.

Ekstrak Jagung


Ekstrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat. Glukosamin merupakan sejenis gula asid amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair di antara tulang yang membekalkan pelinciran.

Banyak kajian yang telah diterbitkan menunjukkan supplement glukosamin membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti.

Kajian bertahun - bentuk glukosamin sendi untuk jangka panjang; AJHT menampilkan glukosamin hidroklorid, sumber yang paling tinggi konsentrasinya. Ianya diperolehi dari sumber sayuran, berbanding dengan kebanyakan glukosamin yang diperolehi dari sumber kekerang.

Vitamin C - AJHT membekalkan 100% Daily Value (Nilai Harian) vitamin C, satu nutrient yang diperlukan bagi sintesis kolagen.

Zink, Kuprum dan Manganese - Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi