Friday 25 November 2016

Kekal Awet Muda dengan Face Serum dengan Hyaluronic Acid dan Vitamin C

Posted by Unknown at 08:06
Assalamualaikum semua & Selamat pagi :)

Pagi ni Sal nak share satu lagi produk FreshPicks yang boleh kami katakan sebagai killer product atau pun produk best seller kami.

Sal baru 2-3 minggu guna produk ni sebenarnya tapi awal-awal guna pun dah rasa best sangat tau. Rasa macam kulit dah kembali anjal dan berseri-seri. Hehehe

Ha, nak tau tak apa dia? 

Itulah penangan Face Serum FreshPicks yang menggabungkan Vitamin C dan Hyaluronic Acid.

Kenapa dua bahan utama ini dipilih untuk dijadikan Face Serum kami? 
Sebabnya:

1) Vitamin C 

Rasanya rata-rata kita dah tahu yang Vitamin C banyak khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan kan. Vitamin C ni sangat kaya dengan sifat antioksida dan memiliki fungsi hebat untuk kecantikan kulit seperti mencerahkan, menyamaratakan tona kulit dan juga bertindak sebagai anti penuaan.

2) Hyaluronic Asid (HA) 

HA ni sangat bagus untuk melembapkan dan menjadikan kulit tegang serta mengurangkan kedutan di muka. Kalau dalam perkataan yang lain, HA ni umpama PENGGALAK KECANTIKAN.
Ia berfungi melembapkan dan menganjalkan kulit, serta memastikan kulit kekal berseri. HA juga mampu membekalkan antioksida yang menjadi pertahanan kulit dari pencemaran persekitaran.

Sekarang ni, Hyaluronic Acid ni dah jadi fenomena (seperti kolagen), bahkan ia sesuai dengan SEMUA JENIS KULIT dan bukan terhad untuk kulit kering sahaja.

Untuk kulit yang berminyak - HA mempunyai tekstur yang sangat ringan dan kesannya sangat lembut ke atas kulit yang berminyak walaupun ianya sangat kaya dengan ciri-ciri pelembap.

Untuk kulit sensitif - HA juga bertindak dengan sangat lembut dan akan meresap ke dalam kulit untuk membekalkan kelembapan berpanjangan.

Hyaluronic acid ni akan membantu lapisan luar kulit untuk efek kulit lembut, licin dan kulit lebih anjal.

Nak tahu lebih lanjut tentang HA? Sal baru je cerita kat sini. Boleh baca untuk pemahaman yang lebih jelas :)

Kalau anda berminat untuk dapatkan Face Serum ekslusif dari FreshPicks ni, boleh whatsapp Sal di 013-7144847.

InshaAllah Sal akan bantu anda :)

Semoga hari anda ceria ya.



----
Untuk Info & Order:

Emel: ummizara8712@gmail.com
SMS/Whatsapp: 013-7144847

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2013 Inspirasi Sihat & Cantik | Template by Ipietoon Blogger Template | Edited by Shahada Fauzi