Google punya google Sal jumpa blog Kevin Zahri ni..memang dia seorang pakar kesihatan dan kecergasan...banyak tips2 dan info yang boleh dapat dari blog beliau dan apa yang Sal share hari ni adalah salah satunya....jom kita tengok!
1. ROTI CANAI
Sal cukup yakin yang roti canai ni adalah kegemaran sebahagian besar rakyat Malaysia. Ia mudah, cepat, murah tapi sememangnya bukan pilihan yang sihat. Kalau nak tahu sekeping roti canai adalah bersamaan 300kcal...itu tanpa kuah....kalau anda ambil 2 keping+kuah lagi...roti telur lagi...ha, dah berapa agak2 kalori tu?? Aduhhhh....favourite jugak ni....lepas ni dah kena kurangkan....
2. NASI LEMAK
Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilai kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.
3. FAST FOOD
Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.
4. LOCAL FAST FOOD a.k.a MAMAK
Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.
5. DONUTS
Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.
6. PISANG GORENG
Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).
7. MINUMAN BERGULA
Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.
8. TEH TARIK
1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.
9. KUIH MUIH
Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.
10. NASI
Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.
BONUS: GAYA HIDUP
Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.
Terima kasih Kevin atas perkongsian menarik ni....jadi, jom kita cek kalori makanan kita dulu sebelum makan untuk kekal langsing dan sihat ye kawan2....
** Sebahagian gambar adalah ihsan Google.
0 comments:
Post a Comment